Warga Emas Maut Dibaham Anjing Ketika Berjogging ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 9 May 2012

Warga Emas Maut Dibaham Anjing Ketika Berjogging




SUBANG JAYA - Rutin harian seorang lelaki warga emas berjoging mengelilingi kawasan perumahannya sejak 20 tahun lalu berakhir semalam apabila mangsa maut diserang seekor anjing peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 di sini semalam.

Kejadian pukul 9.50 pagi itu berlaku ketika Yip Sun Wah, 74, berada kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan telah hampir sejam berjoging di kawasan itu.

Ketika kejadian, mangsa seorang diri sebelum diserang seekor anjing jantan baka Pitbull peliharaan seorang penduduk.

Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian.

Serangan empat minit itu disaksikan seorang jurujual kereta yang kebetulan lalu di kawasan itu untuk mengambil kereta pelanggannya.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Addy, 44, berkata, dia cuba membantu Sun Wah dengan memukul anjing itu menggunakan payung tetapi gagal kerana haiwan itu enggan beredar.

sumber
Share:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GILA !! Ditikam pada malam menjelang nikah
    24.04.2012 - 0 Comments
    JOHOR BAHRU: Cuma tinggal beberapa jam untuk diijabkabulkan. Namun, nasibnya sangat malang apabila mati…
  • COOL : Lamborghini Murcielago Made In China Yang Ohsem
    04.12.2012 - 0 Comments
    Kehebatan industri pemalsuan di China memang tidak dapat disangkal lagi..Setelah hampir kesemua produk…
  • (2 GAMBAR) Hanez Suraya & Romie bertunang
    04.01.2015 - 0 Comments
    Sah Hanez Suraya melangsungkan pertunangan selepas Isyak tadi dengan lelaki pilihannya, Romie Razin…
  • AC Mizal Menang Bidaan Mod Vape RM45,000, Sumbangan Untuk Kebajikan
    19.11.2015 - 0 Comments
    Jika sebelum ini, viral seorang lelaki membida rokok elektronik atau vape bernilai RM17,000, kini Dato’…
  • Sos Edisi Terhad McDonald 1998 dijual dengan harga RM64,863
    15.04.2017 - 0 Comments
    BEIJING - CHINA. Sos pencicah McDonald keluaran khas menjadi tajuk utama media di China selepas sos…