COOL : 17 Fakta tentang Bugatti Veyron ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 17 May 2012

COOL : 17 Fakta tentang Bugatti Veyron




Fakta tentang Bugatti Veyron
1. Develop oleh German dan dihasilkan di France.

2. Maximum engine power, 1100 bhp bersamaan dengan 10 engine campro CPS.

3. Jumlah silinder engine ialah 16 iaitu bersaamaan dengan jumlah silinder untuk 4 buah engine kereta biasa.

4. Mempunyai 7 gear. Sama seperti kereta F1. Harga untuk 1 gearbox ialah 120K USD (RM360K). Dengan jumlah duit yang sama, anda boleh membeli sebuah rumah teres di shah alam atau 3 buar rumah teres di Rawang.

5. Tayar kereta ini hanya boleh diservis di France. Harga sekali servis ialah 70K USD dan harga bagi satu set tayar ialah 25K USD. Maka jumlah keseluruhan ialah 125K USD (RM375K).  Dengan jumlah yang sama, anda boleh membeli tiket pergi balik dari KLIA ke Amsterdam sebanyak 75 trip.

6. Berat kosong kereta ini ialah 2 tan. Bersamaan dengan berat dua Myvi.

7. Jumlah radiator yang dipasang untuk kereta ini ialah 10. Kereta normal hanya ada 1 sahaja radiator.

8. Maksimum speed untuk kereta F1 ialah sekitar 360 km/h sedangkan maksimum speed untuk kereta ini ialah 434.20 km/h. Maka pemilik kereta ini secara automatiknya mampu mengalahkan schumacher, vettel, alonso dsb.

9. Pada kelajuan 360 km/h, jarak yang dijangkaui dengan kelajuan ini pada setiap saat adalah bersamaan dengan jarak dari hujung ke hujung sebuah padang bolasepak (100m). Usain bolt hanya mampu mengambil masa 9.4 saat untuk menghabiskan 100meter.

10. Kereta ini mampu membrek dari 400 km/h ke 0 km/h dalam masa 10 saat. Jarak braking yang diperlukan ialah 1.2 km. Ini bermakna, ketika kereta ini bergerak pada 400 km/h anda perlu berada at least 1.2 km dari hadapan kereta ini untuk mengelak dilanggar.

11. Kereta ini hanya mengambil masa sebanyak 9.8s untuk memecut dari 0 - 240km/h. Ini bermakna, sekiranya anda mengira 1 hingga 10 dalam permainan sorok2, kereta ini telah berada sejauh 650m dari anda.

12. Pada kelajuan 400 km/h ke atas, setiap minit kereta ini memerlukan 1.2 liter petrol. Jumlah yang menyamai 2 botol air mineral kecik ataupun RM 2.20sen (harga petrol semasa). Selepas 10 minit, kos akan meningkat kepada RM22. cukup untuk cover duit minyak motor selama 2 minggu.

13. Pada kelajuan 400 km/h tayar kereta hanya boleh bertahan selama 15 minit sebelum pecah. Tetapi, jangan risau sebab, walaupun petrol penuh, ianya hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum kering.

14. Pada kelajuan 400 km/h, jumlah udara yang disedut oleh engine veyron membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari.

15. Kunci khas diperlukan sekiranya pemandu ingin memandu pada halaju 400 km/h. Kunci ini hanya boleh dipasang ketika kereta tidak bergerak. Ini disebabkan, pemandu perlu memeriksa sistem kereta dan semua sistem dalam keadaan ok untuk pergi ke halaju 400 km/h.

16. Kos untuk membuat sebiji Bugatti Veyron ialah 1.3 juta pound. Tetapi ianya hanya dijual pada harga 800k pound.

17. Jika hendak dijual malaysia, harga sebelum cukai ~RM 4 juta. selepas cukai akan overshoot ~RM 12 juta. Gaji untuk engineer fresh graduate di Malaysia ~RM2500. Maka 333 tahun diperlukan untuk mengumpul duit untuk membeli sebuah Bugatti Veyron. Itupun, gaji tersebut tak boleh dibelanja langsung.

SUMBER
Share:

2 comments:

  1. eleh HAN ! nak lah tuh veyron ni ..haha ..SP ada dua bijik kat rumah ..tapi tayar pancit ..haha
    ala bugatti kereta tolak :D

    ReplyDelete
  2. haha.kalau org bagi mesti nak.mahal nie.trolol.ngehehe.untungla adadua bijik.boleh jual sebijik.hehe

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : SEJARAH ASAL-USUL PELBAGAI MEME
    10.05.2012 - 2 Comments
    Seperti yang korang tahu.meme seperti trollface,forever alone,Fuu,yao ming dan macam2 lagi amat famous…
  • PERGH !! AARON AZIZ MENUNJUKKAN MUSCLENYA KETIKA BERIADAH BERSAMA ANAKNYA
    21.03.2012 - 0 Comments
    Wah mantop..dulu xde cmni..sekarang makin naik muscle dia.gila lah.pergh sumber
  • GEMPAR!! Tunjuk 'Anu' Sebagai Modal Pikat Wanita
    11.02.2012 - 0 Comments
    Gambar Sekadar Hiasan IPOH: Wanita terutama kalangan ibu tunggal dinasihatkan berwaspada daripada…
  • Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat
    28.12.2012 - 0 Comments
    Kehadiran adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, pada sidang media drama terbaru Debunga…
  • Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi
    12.02.2012 - 1 Comments
    Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit…