3 Menteri Tonton Filem Lucah ~ Bila Han Bercerita

Friday, 10 February 2012

3 Menteri Tonton Filem Lucah




BANGALORE - Tiga orang menteri di selatan India mengambil tindakan meletak jawatan, semalam, selepas didakwa menonton filem lucah semasa perhimpunan dewan rakyat.

Ketiga-tiga menteri daripada parti pemerintah Bharatiya Janata itu dirakam stesen televisyen tempatan sedang menonton filem lucah di telefon bimbit masing-masing, kelmarin, semasa menteri lain sedang membincangkan rang undang-undang.

Namun, dakwaan itu ditolak seorang daripada mereka yang mendakwa sedang menonton klip video di sebuah parti untuk tujuan perbincangan dan bukannya filem lucah.

“Kami meletak jawatan kerana tidak mahu memalukan parti dan tidak mahu memberi peluang kepada pembangkang untuk menganggu perjalanan perhimpunan dewan rakyat,” menurut Menteri Koperasi, Laxman Savadi kepada pemberita.

Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga menteri itu menonton video seorang wanita menari, membuka baju dan melakukan aksi seksual.

-Sinar Harian-
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Ketahui Punca Dan Cara Atasi Penyakit Gastrik
    16.04.2017 - 0 Comments
    Penyakit gastrik menyerang tanpa mengira usia dan jantina. Gastrik membuatkan perut anda tidak selesa.…
  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…
  • [Gambar] MyKad Baru 2012 : Kelebihan & Info Penukaran
    14.02.2012 - 0 Comments
    JPN akan mengeluarkan MyKad baru bermula Januari 2012 yang akan dilancarkan secara berperingkat ke seluruh…
  • COOL : Makanan Untuk Mengurangkan Lemak Perut
    10.02.2012 - 0 Comments
    Terdapat pelbagai senaman membantu anda mendapat abs yang di idamkan, tetapi untuk membantu anda…
  • Doktor Didenda AS$90,000 Kerana Gurauan Bom Dalam Bagasi
    02.12.2014 - 0 Comments
    MIAMI: Gurauan seorang doktor yang memberitahu terdapat bom di dalam bagasinya di Lapangan Terbang…