GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 16 February 2012

GEMPAR!! Deejay Ikim FM Meninggal Dunia Akibat Kemalangan





KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi Khamis.

Kemalangan tersebut berlaku pada pukul 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.

Abdul Razak, 46, memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIM FM sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya 'Dini Hari' yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, pukul 2 hingga 6 petang.

Beliau merupakan bekas anggota tentera.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.

Jenazah Allahyarham dikebumikan pada Khamis di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. – BERNAMA
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cara Buka Laman Web google.com Bukan google.com.my
    10.03.2012 - 0 Comments
    Mungkin sebelum ni ramai yang tidak mengetahui cara nak buka laman web google antarabangsa, selalunya…
  • Inilah 37 Buah Negara Yang Telah Lenyap Dari Muka Bumi
    23.11.2014 - 0 Comments
    Abyssinia Nama lama bagi Ethiopia sehingga awal abad ke 20 Austria - Hungary  Sebuah kerajaan…
  • RARE : Gambar Mcdonalds Pertama Di Malaysia
    13.08.2012 - 0 Comments
    Yosh.okay.gambar ni sangat rare,Mcdonald pertama di Malaysia di rasmikan pada 29 Mei 1982 dan bertempat…
  • Mitos mandi malam
    24.01.2012 - 0 Comments
    PESAKIT pneumonia antara yang tidak digalakkan untuk mandi malam. ADAKAH mandi pada waktu malam boleh…
  • ALLAHUAKBAR !! Cerita Penuh Gadis Remaja Cina Malaysia Peluk Islam
    03.03.2012 - 0 Comments
    Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna... Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam…