GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 15 February 2012

GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah


SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam.




PETALING JAYA - Pelawak terkenal Saiful Apek dan tiga rakannya disahkan positif dadah ganja selepas menjalani ujian air kencing susulan penahanan mereka di sebuah kondominium di Bandar Sunway, dua tahun lalu.

Menurut Sarjan M. Sanggar, 48, dia diarahkan membuat ujian berkenaan oleh Cif Inspektor Shaifuddin Mohd. Zulkifli, 31, yang mengetuai serbuan terhadap keempat-empat tertuduh di sebuah unit kondominium No. 306, Blok C, Sunway Kondominium, Bandar Sunway pada pukul 10 malam, 12 Jun 2010.

Namun Sanggar mengakui telah melakukan kesilapan pada butiran label bekas air kencing milik Saiful Apek dan tertuduh wanita, Noremy Mohamad apabila menulis tarikh 12 September 2010 sedangkan tarikh sebenar ialah 12 Jun 2010.

Ketika diminta peguam Zambri Idrus yang mewakili tertuduh untuk menjelaskan kesilapan tersebut, saksi berkata, tidak apa yang perlu dijelaskan kerana ia memang kesilapannya.

Zambri kemudian menuduh Sanggar berbohong dan kemungkinan barang kes telah diganggu namun anggota itu menafikan

SUMBER
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 5 Tips Kesihatan Telinga Yang Perlu Anda Ketahui
    11.05.2016 - 0 Comments
    Telinga juga perlu penjagaan rapi dari segi kebersihan luaran dan dalaman. Telinga yang bersih akan bebas…
  • GILA : Remaja Potong Kemaluan Sendiri Kerana Malu Dengan Ereksi
    20.11.2012 - 0 Comments
    Seorang remaja 17 tahun yang berasal dari Fujian memotong kemaluan beliau kerana malu ketika mengalami…
  • GEMPAR !!Pemimpin Berpangkat Datuk Dapat BR1M
    18.02.2012 - 0 Comments
    Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia…
  • PELIK !! LELAKI INI HILANG TEMPURUNG KEPALA SELEPAS KEMALANGAN
    07.04.2012 - 0 Comments
    PASIR MAS: Pelbagai gelaran diberikan terhadap dirinya, termasuk ‘makhluk asing’, namun, ia tidak…
  • Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah
    15.05.2012 - 0 Comments
    FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York…