Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 1 February 2012

Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000





Safee Sali Bakal Sertai Johor Dengan Gaji RM46000 | Banyak gosip tentang Safee Sali selepas Liga Indonesia bermasalah. Ada yang kata Safee Sali bakal ke Belgium. Ada orang lain pula kata Safee Sali akan ke Thailand.. Itu teka-teki yang timbul mengenai penyerang prolifik Negara, Safee Sali yang terkini dikhabarkan bakal disunting pasukan Johor.

Malah lebih hebat lagi Safee Sali juga dikatakan turut ditawarkan gaji bulanan bernilai AS$15,000 (RM45,752) oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Adakah Safee Sali akan kembali ke Liga Super Malaysia?
Pengurus Safee Sali, Zakaria Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan ada menerima tawaran untuk bermain dengan PNBJ, yang kini dibawah kepimpinan baru kendalian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Safee Sali sendiri akan mengumumkan keputusannya berhubung perkara tersebut esok (hari ini) di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi.
Apa sahaja yang akan diumumkan atau diputuskan oleh Safee, diharap semua pihak menerimanya dengan berlapang dada dan seadanya,” katanya.

Sekiranya Safee Sali memilih untuk bersama skuad Johor, pemain sensasi negara itu bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri dengan menjadi pemain termahal yang pernah di beli PBNJ tetapi sekali gus menjadi pemain termahal dalam arena bola sepak Malaysia.

Difahamkan, proses perundingan dan perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat bersama pihak PBNJ bagi membolehkan Safee Sali beraksi bersama pasukan Jengking dalam perlawanan akan datang.
Pemilihan penyerang berusia 28 tahun itu di jangka dapat memberi suntikan buat pasukan Jengking yang kini dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negeri itu selaras dengan tampuk kepimpinan baru dibawah kendalian Tunku Mahkota Johor.

Dalam perkembangan lain, melalui laman Facebook rasmi Safee Sali semalam, pengumuman yang berlangsung pagi ini akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak kebelakangan ini.
Safee sebelum ini menerima tempias dan berkemungkinan tidak boleh mewakili pasukan kebangsaan Malaysia berikutan kemelut bola sepak Indonesia kerana pengharaman Liga Super Indonesia (ISL) oleh FIFA menyebabkan semua pemain, jurulatih dan pegawai yang terlibat dalam liga profesional Indonesia itu, turut berstatus haram.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin sebelum ini pernah memberi peringatan kepada Safee agar peka dengan keadaan semasa yang berlaku dalam ISL demi masa depan kariernya.


KEMASKINI – Pelita Jaya tawar gaji baru. Seandainya Safee Sali memilih untuk kekal bersama kelab Pelita Jaya, pemain berkenaan Safee Sali bakal menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan. Tawaran gaji lumayan itu merangkumi faedah-faedah lain seperti kenderaan, pemandu peribadi serta penginapan yang diterima Safee.

P/s : Jauh di hati Safee Sali, aku yakin beliau tentu sedang merindui untuk kembali beraksi di Liga Super Malaysia. Tawaran gaji lumayan oleh pihak Johor ini menambahkan lagi kekuatan dia untuk kembali beraksi di Malaysia. Semoga Allah permudahkan urusanmu wahai Safee Sali. Di mana sahaja ko berada, peminat mu sentiasa di belakang, asalkan ko jaring banyak gol la hehehe.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • WOW !! Aaron Aziz Menyanyi Buat Korang Cair
    26.02.2012 - 0 Comments
    korang nak denga suara Aaron Aziz menyanyi?asyik tengok dia berlakon,mesti nak tengok dia nyanyi kan.jom…
  • 6 PERANGAI PEREMPUAN YANG BUAT LELAKI GILA BAYANG
    18.01.2012 - 0 Comments
    1.PANDAI JAGA PENAMPILAN Pandai jaga penampilan ni termasuklah jugak dalam kategori pandai jaga diri dan…
  • Pelanggan kena kira sendiri harga makanan guna formula matematik
    18.08.2016 - 0 Comments
    MENU yang mempamerkan soalan matematik rumit. Beijing: Menu sebuah restoran di China menguji kepintaran…
  • Tilam Kepam dan Kotor? Boleh Guna Baking Soda Nak Nampak Macam Baru!
    07.04.2017 - 0 Comments
    Tilam kalau dah pakai bertahun-tahun mesti lah semakin kepam dan bau pun semakin 'sedap'. Bukan itu sahaja,…
  • Hotel di China persenda askar Jepun di dalam tandas
    21.03.2012 - 1 Comments
    HARBIN - Sebuah hotel di sini menyediakan mangkuk untuk membuang air kecil yang direka supaya mempunyai…