GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 19 February 2012

GILA !! RM50,000 Lesap Dalam Tren





KUALA KRAI : Seorang suri rumah berusia 60 tahun, kini tidak lalu makan dan tidak lena tidur apabila mendakwa semua barang kemas miliknya bernilai hampir RM50,000 hilang, dipercayai dicuri ketika menaiki kereta api, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Ramlah Awang menaiki kereta api dari Stesen Kluang, Johor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Sok, di sini, bersama suami, Mohd Zin Ibrahim, 80, dan cucunya, Nor Atiqah Abd Jamal, 20.

Barang kemas Ramlah yang disimpan di dalam beg tangan dipercayai dicuri ketika dia meninggalkan beg itu di tempat duduk untuk ke tandas, manakala suami dan cucunya pula sedang tidur.
Menurut Ramlah, dia ke Johor bersama suaminya untuk melawat anak mereka yang tinggal di Mersing selama dua minggu.
Katanya, mereka kemudiannya bertolak pulang kira-kira jam 10 malam, Isnin lalu bersama seorang cucu dengan menaiki perkhidmatan kelas dua kereta api berkenaan.

“Saya bawa semua barang kemas saya dengan menyimpannya di dalam beg tangan kerana bimbang hilang jika ditinggalkan di rumah. Selepas menaiki kereta api, saya ke tandas seketika, manakala suami dan cucu tidur di tempat masing-masing.

“Beg saya itu ditinggalkan di tempat duduk dan selepas ke tandas saya tidak membuka beg itu kerana saya lihat ia elok saja. Sepanjang perjalanan, saya tidak usik langsung beg itu sehinggalah kereta api rosak di stesen kereta api Bukit Abu, Dabong dan ketika itu barulah saya mengangkat beg sebelum terkejut melihat semua barang kemas hilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Ramlah berkata, antara barang kemas yang hilang adalah tiga bentuk cincin, satu loket dan tiga utas gelang tangan.

“Wang tunai RM350 yang ada dalam beg itu juga hilang. Hanya buku bank dan kad pengenalan saja yang tidak dicuri.

“Kejadian itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kerana sehingga kini saya tidak lalu makan dan tidak lena tidur mengenangkan semua barang kemas hilang begitu saja,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai sebaik tiba di stesen kereta api Kuala Krai.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. – Metro
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. nk bagi suggestion skit...it's more better if u can describe this issue with your own words...just my opinion 4 u.

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TOLONG MENYAMPAH ADA MAMAT BAJET HENSEM KALAH KOREA
    26.01.2012 - 0 Comments
    OKAY MAMAT NI PERASAN HENSEM,SILA GELAK SUMBER
  • Komen PAS & PKR mengenai pergaduhan di KFC iCity
    10.02.2012 - 0 Comments
    Insiden pergaduhan di KFC-iCity menyerlahkan buat kesekian kalinya siapakah rasis sebenar di…
  • Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!
    05.01.2016 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU - Masalah kejatuhan harga komoditi getah kini semakin membebankan dan memberi tekanan…
  • COOL !! SHANGHAI 1990 VS 2010
    25.04.2012 - 0 Comments
    Jom kita tengok perbezaan yang ketara shanghai china tahun 1990 dengan 2010.hehe fuh,beza gila…
  • [Video] Prelude - Kapal Terbesar Di Dunia Yang Dibina Oleh Syarikat Samsung
    28.04.2017 - 0 Comments
    Mempunyai badan yang lebih panjang daripada ketinggian bangunan Empire State Building, kapal tangki yang…

Artikel Lain