Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 5 February 2012

Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos

Fenomena Telur Berdiri Bukan Mitos


KUALA LUMPUR – Fenomena telur berdiri tiada kaitan dengan kepercayaan atau mitos masyarakat tertentu kerana ia sudah dibuktikan secara saintifik bahawa graviti bumi atau manipulasi medan magnetik di makmal membolehkan telur tidak tumbang apabila didirikan.

Pakar fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Mohd Yusof Othman, berkata mengikut kajian, tarikan graviti antara bumi, bulan dan matahari membolehkan telur berdiri termasuk ketika fenomena gerhana.

“Kawasan mempunyai medan magnetik yang tinggi juga boleh menyebabkan telur berdiri,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Beliau diminta mengulas fenomena itu yang dicatatkan sebagai Hari Lup Choon atau Hari Telur Berdiri dalam kalendar Cina. Fenomena itu dikatakan berlaku setahun sekali dan tahun ini, ia bermula jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang semalam.

Jurugambar Berita Minggu, Nik Hariff Hassan, semalam mengambil inisiatif membeli 30 biji telur untuk menguji sejauh mana kebenaran fenomena selama sejam itu di Dataran Merdeka bersama-sama beberapa pelancong yang berada di situ.

Seorang lagi ahli sains UKM, Profesor Dr Jumaat Adam, sebelum ini berkata, fenomena itu memang mencetuskan rasa pelik masyarakat dunia tetapi menegaskan banyak lagi contoh tarikan graviti bumi yang tidak dipandang serius seperti pasang surut air laut dan peralihan siang malam.

“Ada waktu dan ketika tertentu, tarikan graviti bumi dan matahari lebih kuat daripada biasa, membolehkan kita mudah untuk meletakkan telur supaya ia berdiri. Tetapi tarikan graviti ini juga menyebabkan berlakunya fenomena pasang besar iaitu apabila paras air laut meningkat tetapi tidak ramai yang mengendahkannya.
Mungkin kerana ia kerap berlaku,” katanya.

Ahli sains juga menganggap ia berlaku dalam tempoh Equinox, iaitu kedudukan matahari, bulan dan matahari berada pada sudut paksi sejajar, selain ketika gerhana matahari atau gerhana bulan. –
SUMBER : BHarianOnline


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Warga Emas Maut Dibaham Anjing Ketika Berjogging
    09.05.2012 - 0 Comments
    SUBANG JAYA - Rutin harian seorang lelaki warga emas berjoging mengelilingi kawasan perumahannya sejak…
  • COOL : Bekas Tangki Minyak Pesawat Tempur US Semasa Perang Vietnam Dijadikan Sampan
    05.11.2014 - 0 Comments
    Jet tempur taktikal banyak bergantung kepada bahan api JP-4 yang dimuatkan pada tangki minyak tambahan.…
  • Video: Trik Pakai Minyak Wangi Agar Tahan Lebih Lama
    13.05.2017 - 0 Comments
    Kebiasanya mereka yang memakai pewangi badan akan terus menyemburkan ia dibahagian ketiak, leher, baju dan…
  • Zed Zaidi Tidak Matang, Kata Aaron Aziz
    10.04.2012 - 0 Comments
    **Sebelum ni Han ada buat entri lama berikutan isu twitter zed zaidi di SINI..dan ini balas Aaron…
  • WOW !! Senyum 45 saat terima US$1.5 Juta !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    Dia tampil di iklan produk kopi Itali, Lavazza, Julia mendapat bayaran US$ 1,5 juta. Dan di iklan…