GEMPAR!! Guru besar mati dalam rumah pelacuran ~ Bila Han Bercerita

Friday, 10 February 2012

GEMPAR!! Guru besar mati dalam rumah pelacuran


gambar hiasan



JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52 tahun, dijumpai mati di dalam sebuah bilik bersama seorang pelacur di sebuah rumah pelacuran di Kediri, Jawa Timur, petang semalam.

Ketua Polis Kendiri Komisioner Adjutan, Wayan Winata berkata, “Kami tidak tahu sebab kematiannya. Kami masih menyiasat kes itu.”
Wayan berkata, Sugiono baru berurusan dengan pelacur yang bernama Titik Andayani, 27 dan setuju untuk membayar Rp50,000 (RM17) untuk khidmatnya.

Mereka menempah sebuah bilik di rumah kepunyaan seorang lelaki, Samiran, 48.



“Pelacur itu menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah keluar dari bilik air,” katanya.


Penghuni rumah pelacuran itu kemudian menelefon doktor dari klinik kesihatan awam Ngasem, tetapi gagal menyelamatkan Sugiono.

“Kami sudah siasat tempat kejadian dan tidak menemui bukti (yang mungkin dapat menjadi punca kematiannya), seperti pil dadah atau rangsangan,” katanya.

Polis sudah menghubungi keluarga Sugiono yang tinggal di Singonegaran, Pesantren, Kediri, katanya. - Jakarta Post 
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fakta pelik mengenai nyamuk
    02.10.2012 - 0 Comments
    *Mempunyai 100 mata di kepalanya *Mempunyai 48 gigi. *Mempunyai 3 jantung yang lengkap di…
  • COOL !! MEMANAH MENGGUNAKAN KAKI
    03.03.2012 - 0 Comments
    santai petang Hari :) nak tahu kehebatan dia?Google lorh.dahsyat pompuan ni.kena tepat.woo
  • GILA !! 2,000 tong gas meletup
    29.02.2012 - 0 Comments
    KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang. KAJANG: “Saya sempat melihat…
  • Rangka
    01.05.2013 - 0 Comments
    Rangka sepasang kekasih berusia antara 1450 dan 1550 tahun ditemui dalam posisi berpegangan tangan di…
  • GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali
    04.11.2014 - 0 Comments
    Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan…