GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 4 November 2014

GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali

Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali


Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan sehingga ini sudah 62 kali berumah tangga, tiga daripadanya masih menjadi isterinya yang sah,

Lelaki itu yang namanya bermakna ‘bapa kekuatan’ dalam bahasa Melayu berkata, dia tidur dengan isterinya lima kali sehari dan hidup dengan makan daging mentah serta ikan dengan tulangnya sekali.

Ketika muncul dalam rancangan terbitan rangkaian televisyen Al Hayat, semalam, Abu Shadeed dan beberapa anaknya mengejutkan penonton apabila mereka makan rumput.

“Saya makan rumput hanya untuk membuka selera. Makan seharian saya ialah daging mentah dan ikan, yang saya makan dengan tulangnya sekali. Saya juga boleh makan arang yang masih terbakar,” katanya.

Menurutnya, dia ketika ini mempunyai tiga isteri selepas menceraikan yang keempat atas alasan wanita itu menyokong Ikhwanul Muslimin.

“Saya sudah berkahwin 62 kali. Kebanyakan mereka berkahwin dengan saya kerana tenaga luar biasa saya. Saya tidur dengan isteri saya lima kali sehari.

“Saya tidak ambil ubat perangsang atau dadah. Kekuatan saya adalah anugerah Tuhan.

“Saya kini merancang mencari isteri keempat dan dia perlu langsing serta berkulit sawo matang,” katanya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 12 Tips Ringkas Dari Peguam Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang
    15.05.2017 - 0 Comments
    Tiada siapa pun yang mahu terlibat dengan kemalangan, tetapi malang tidak berbau dan bila-bila masa saja…
  • Tutorial: Buang Virus Malware Dalam Blog
    25.01.2012 - 0 Comments
    Ramai blogger xtau yang blog die ade virus nie Sesiapa yg nk tau boleh cuba tutorial ni Ni Contohnye bila…
  • GEMPAR!! Facebook keluarkan kad ID untuk pengguna facebook?
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.cool kan?,sorry geng,ni kad id main2.gua merayau kat google jumpe benda ni,bukan…
  • COOL :
    23.05.2013 - 0 Comments
    Turbospoke merupakan satu ekzos khas yang dipasangkan di basikal bagi menghasilkan bunyi ekzos seperti…
  • Serius !! Ikan Lompat Masuk Dalam Mulut Ketika Menjerit
    15.05.2017 - 0 Comments
    Di New Delhi, seorang lelaki terpaksa bertarung nyawa selepas seekor ikan hidup tersangkut di dalam…