GEMPAR !! Nelayan kembalikan semula lebihan bantuan BR1M ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 16 February 2012

GEMPAR !! Nelayan kembalikan semula lebihan bantuan BR1M





KUALA LUMPUR - Kebanyakan orang yang berada dalam kedudukan mereka akan mendiamkan diri apabila mendapat lebihan RM500 bantuan yang diberi oleh kerajaan, namun bagi pasangan suami isteri dari Kampung Awat-Awat Lawas, Sarawak, sifat jujur masih menebal di lubuk hati.

Si suami, yang bekerja sebagai nelayan dan isterinya, kedua-duanya berumur dalam lingkungan 30-an, mengambil keputusan untuk mengembalikan lebihan RM500 selepas permohonan BR1M mereka berdua diluluskan.

Tidak terhenti setakat itu sahaja, mereka berusaha mencari Pegawai Daerah Mohd Supaih Hamdan untuk mengembalikan baucar ”tambahan” BR1M.

"Kedua-dua mereka memohon untuk mendapatkan bantuan itu kerana mereka tidak tahu siapa yang sepatutnya memohon. Kesudahannya, kedua-dua permohonan itu diluluskan. Sebaik sahaja mengetahui kedua-dua permohonan diluluskan, mereka mengambil keputusan untuk memulangkan satu daripadanya,” kata Mohd Supaih yang dipetik oleh sebuah akhbar harian di Sarawak.

Namun begitu, identiti pasangan itu tidak didedahkan tetapi sikap suami isteri yang jujur itu bermakna individu lain akan turut sama menikmati bantuan berkenaan.

Program BR1M, yang bertujuan meringankan beban golongan miskin dan mereka yang mudah terjejas akibat peningkatan kos hidup, mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM3,000 bagi setiap isi rumah. - BERNAMA
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pemandu Lori Menangis Lihat Orang Ramai Curi Buah Orennya Selepas Lorinya Terbabas
    13.11.2016 - 0 Comments
    Sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah yang berlaku kepada seorang pemandu lori dan anak buahnya apabila lori…
  • (Video) Spa Minyak Mentah Di Azerbaijan
    10.04.2017 - 0 Comments
    Azerbaijan merupakan salah sebuah negara pengeksport minyak terbesar di dunia sejak berabad-abad lamanya.…
  • PELIK!! LELAKI INI MELAHIRKAN ANAK
    11.03.2012 - 0 Comments
    mula2 Han tengok.dalam hati What the....?? tapi ni semua ketentuan ALLAH,xtahu la dia ni SHEMALE ke tukar…
  • COOL : Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik
    11.10.2014 - 0 Comments
    Pada peringkat umur 1-3 tahun, kanak-kanak sering didedahkan dengan pensil warna, alat tulis untuk…
  • Aireen Omar CEO baru AirAsia
    19.06.2012 - 0 Comments
     Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, bagi operasi Malaysia,…