GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 February 2012

GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin




KUALA LUMPUR : Mungkin ada benarnya juga nada seleroh yang dikeluarkan Iqram Dinzly ketika ditanyakan pihak media mengenai hal perkahwinannya, lanjutan daripada hasratnya untuk berumah tangga pada tahun ini.

“Ada RM100,000? Kalau ada RM100,000 barulah saya akan kahwin. Yalah sekarang ini pun, untuk mengadakan sebuah majlis resepsi biasa, setidak-tidaknya boleh menelan belanja RM50,000.

“Inikan pula saya yang sememangnya mengidamkan untuk membuat majlis beberapa lokasi berbeza. Bukan saja di kampung saya di Ipoh, tetapi juga di Kuala Lumpur bersama-sama rakan artis. Semua itu memerlukan belanja yang besar bukan?,” katanya.

Sambil tersenyum, Iqram Dinzly berkata angka berkenaan adalah kos anggaran saja, malah boleh mencakupi jumlah lebih besar memandangkan dirinya adalah seorang selebriti yang perlu diraikan bersama-sama peminat tersayang.

Atas landasan bergelar selebriti juga, dia bagaimanapun enggan menggunakan popularitinya itu untuk mendapatkan tajaan kerana beranggapan majlis perkahwinannya itu nanti haruslah menggunakan wang sakunya sendiri.

Namun begitu menurut Iqram Dinzly lagi, bukanlah soal kos yang turut diambil kira apabila menyentuh perihal perkahwinan, malah sudut tanggung jawab dan kesempurnaan dalam berumah tangga perlu diambil kira sebelum dia memutuskan untuk menamatkan zaman bujang.

“Memang saya ada menanam niat untuk berumah tangga. Tapi mungkin selepas saya berjaya membawa ibu saya menunaikan ibadat haji tahun ini, InsyaAllah ianya akan berlaku juga.

“Syukur Alhamdulillah kerana bapa saya sudahpun menunaikan haji. Kini tinggal giliran ibu saya saja. Mungkin selepas ini saya akan membawa isteri saya menunaikan haji pula.

“Memang bebar ibu saya ada mencarikan calon untuk saya. Tapi hakikatnya bukannya senang untuk kita menyemai perasaan cinta dengan seseorang dan bukannya senang juga untuk memegang tanggung jawab sebagai seorang suami.

“Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibicarakan, seperti kita membeli pisang goreng. Saya mahu berkahwin dengan orang yang tepat untuk menemani hidup saya ketika muda sehinggalah tua kelak,” katanya penuh mendalam.

Jelas Iqram Dinzly, dia mengidamkan seorang wanita yang bukan sahaja dapat menyayangi dirinya sebagai individu, malahan juga kedua ibu bapanya serta rakan-rakanya yang lain.

Apatah lagi dengan kehidupannya sebagai selebriti dan juga pelakon, dia mendambakan seorang insan yang bakal memahami kerjayanya serta gaya hidup sebagai anak seni. – Murai
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips kempiskan perut
    24.08.2012 - 0 Comments
    • Minum air masak/air suam yang banyak. Dengan meminum air masak yang banyak, ia mampun mencairkan…
  • GILA : RM50,000 Hangus Dalam Ketuhar
    28.07.2012 - 0 Comments
    SYDNEY – Seorang lelaki mendapat pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat…
  • Ahmad Idham Kesal Dituduh Hina Islam Dalam 'Apa Celop'
    23.02.2012 - 0 Comments
    Ahmad Idham. KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak…
  • Samsung Berkongsi Senarai Peranti Yang Bakal Menerima Android 4.1 Jelly Bean
    04.10.2012 - 2 Comments
    Kepada pengguna telefon pintar android.ini berita baik buat korang.Bagi pengguna samsung yang menggunakan…
  • COOL !! Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron
    18.03.2012 - 0 Comments
    MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600…