Pejabat Apex (Khairul Fahmi Che Mat) Disimbah Cat ~ Bila Han Bercerita

Monday, 13 February 2012

Pejabat Apex (Khairul Fahmi Che Mat) Disimbah Cat

Pejabat Apex Khairul Fahmi Che Mat Disimbah Cat

KOTA BHARU – Tidak cukup difitnah menjadi punca putus tunang seorang gadis, kali ini penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23 berhadapan dengan perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn Bhd di Jalan Sri Cemerlang dekat sini disimbah cat.

Menurut Pengurusnya, Syed Ahmad Mohd Yusof berkata, kejadian itu disedari pekerjanya sewaktu mereka tiba di pejabat pagi semalam.

Katanya, mereka amat terkejut apabila mendapati bahagian depan dan bumbung pejabat disimbah dengan dengan cat hitam.

“Ini merupakan kali ketiga pejabat ini disimbah cat yang berwarna hitam. Semuanya berlaku di dalam bulan ini iaitu pada 5,10 dan 12 Februari. Kami tidak tahu siapa yang melakukannya dan apa motif di sebalik kejadian ini,” katanya ketika dihubungi DetikPerubahan.com di sini, malam tadi.

Menurut Syed Ahmad, beliau percaya kejadian ini berlaku di antara jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi kerana pada waktu itu kawasan perumahan yang menempatkan pejabat KFR agak sunyi.

“Apek (Khairul Fahmi) sendiri sudah melihat kejadian ini. Sebelum ini kami tidak mempunyai bukti untuk mengambil tindakan tetapi kali ini kami menemui satu bungkusan plastik cat yang boleh dijadikan bahan bukti untuk mengesan pelakunya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau dan majikannya, Khairul Fahmi telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu kira-kira jam 12 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

“Saya dan Apek telah membuat laporan polis dan kami menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membangtu menyelesaikan kes ini,” katanya.

Katanya, apa yang membimbangkan mereka ia keselamatan Khairul Fahmi.

“Apek bimbang juga bila berlaku kejadian macam ni…takut dicederakan. Sebab itu jugalah kami membuat laporan polis. Tetapi rasanya tak ada masalah lagipun Apek sekarang sudah ada pengawal peribadi.

“Ke mana saha dia pergi dia bersama pengawal peribadinya,” katanya.

sumber


Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. manusia x senang kalau tgk orang lain senang, apa nak jadi dengan orang2 zaman akhir zaman nih

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • DALAM ISLAM,Tidak Salah Perigi Mencari Timba
    03.03.2012 - 0 Comments
    Salahkah Perigi Mencari Timba? Menjadi muslimah bukan bererti hanya pasif menunggu tambatan hati datang…
  • COOL !! Trafik Yahoo! Malaysia Meningkat 600%
    22.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR – Yahoo! baru-baru ini mengumumkan pengembangan integrasinya dengan rangkaian sosial…
  • 10 Filem Seram Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar
    28.10.2014 - 0 Comments
    Tahukah anda terdapat beberapa filem seram yang pernah kita tonton sebenarnya berdasarkan kisah benar?…
  • Huo Liao: Rawatan Kecantikkan Dengan Cara Membakar Wajah
    02.04.2013 - 0 Comments
    Sebuah salon kecantikkan di China ini mengamalkan teknik di mana mereka akan membakar wajah para…
  • PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA MULAI 30 JAN 2012
    15.01.2012 - 1 Comments
    CARA MEMBUAT PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA DAN SYARAT MEMOHON SARA 1MALAYSIA: Para pemohon yang berminat…