COOL !! iPad 3 jadi rebutan ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 17 March 2012

COOL !! iPad 3 jadi rebutan


SEJUMLAH orang berbaris semasa menunggu untuk membeli iPad di Sydney, Australia semalam. 


LONDON - Peminat kembali membanjiri kedai-kedai komputer Apple di Asia dan Eropah semalam bagi mendapatkan versi terbaharu komputer tablet syarikat berkenaan, iPad 3.

Peminat gajet berbaris panjang bagi mendapatkan komputer tablet terbaharu itu di Britain, Perancis, Jepun, Hong Kong dan Singapura,.

Di Tokyo, sekitar 450 orang beratur di luar sebuah kedai Apple.

Sebahagian mereka sanggup bermalam di luar premis berkenaan kerana mahu menjadi antara kumpulan pertama yang memiliki iPad 3.

"Saya mahu menunjukkan komputer ini kepada rakan-rakan," kata seorang perunding komputer berusia 33 tahun, Norio Nakayama di luar kedai tersebut.

"Saya akan memberikan iPad lama saya kepada isteri saya," tambahnya.

Di Hong Kong pula, hari pertama jualan iPad 3 menyaksikan komputer itu bertukar tangan apabila ia dijual beberapa ratus dolar Amerika Syarikat (AS) lebih tinggi berbanding harga jualan.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, seorang peniaga membeli dua iPad 3 versi 32 gigabit pada harga bersamaan AS$1,700 (RM5,201) daripada seorang pelanggan yang membayar AS$1,200 (RM3,670) untuk dua gajet berkenaan.

Versi ketiga iPad itu turut dijual di Australia, Jerman dan Switzerland semalam serta boleh dibeli di AS dan Kanada bermula pukul 8 pagi waktu tempatan manakala 25 negara lain akan mula menerima komputer tersebut seminggu kemudian.

Model iPad 3 dilengkapi pemprosesan lebih pantas dan skrin lebih jelas.

Ia juga didatangkan dengan kamera lebih bermutu seperti yang terdapat pada iPhone terbaharu.

Walaupun gajet itu berdepan saingan sengit daripada komputer tablet murah seperti Kindle Fire, iPad kekal sebagai komputer tablet paling popular.

Apple menjual lebih 55 juta komputer iPad sejak ia mula memasuki pasaran pada 2010 termasuk 40 juta unit pada tahun lalu. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • KEJAM !! Gadis Ini Di Bunuh Dan Di Jadikan Anak Patung
    13.11.2014 - 0 Comments
    Peristiwa pembunuhan sadis, yg bagi sebahagian orang mungkin hanya terjadi di filem-filem di dunia nyata.…
  • iKettle : Cerek Pintar Kawalan Wifi
    23.10.2014 - 0 Comments
     iKettle ialah cerek elektrik yang akan menyelesaikan masalah domestik anda. Cerek elektrik pintar…
  • Pelajar MRSM Dibelasah Oleh Senior Sehingga Patah Rusuk
    28.10.2014 - 0 Comments
    gambar hiasan Seorang pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini patah tulang rusuk…
  • (WAJIB TAHU) Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Bumi Kehilangan Oksigen Selama 5 Saat
    11.11.2014 - 0 Comments
    Seperti yang kita semua tahu, oksigen merupakan elemen yang paling penting dalam memastikan kelansungan…
  • Gambar Edit Shah Rukh Khan Bercium Dengan Salman Khan Tersebar
    30.11.2014 - 0 Comments
    Dikhabarkan gambar ini telah tersebar luas dan terus menjadi kontroversi di media dan laman sosial…