COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 18 March 2012

COOL !! Kereta Bugatti Veyron Edisi Khas berharga RM6.73 juta




BERLIN - Pengeluar kereta supersport mewah, Bugatti baru-baru ini memperkenalkan model Veyron terbarunya yang menggunakan kemasan porselin dan dijual pada harga AS$2.24 juta (RM6.73 juta) seunit.

Kereta yang turut dikenali sebagai Grand Sport L'Or Blanc tersebut dilancarkan di luar kilang porselin milik syarikat Koenigliche-Porzellan-Manufaktur (KPM) di Berlin, Jerman. Ia dihasilkan sebagai meraikan permulaan kerjasama antara KPM dan Bugatti.

Menjadi kereta pertama yang menggunakan material porselin pada bahagian dalaman dan luarannya, hanya sebuah Veyron sebegini dihasilkan.

Bugatti Veyron dengan spesifikasi biasa dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit. Ia dilengkapi dengan sebuah enjin V8 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 407 kilometer sejam (km/j).

Pemilik KPM, Jorg Woltman memberitahu idea untuk bekerjasama dengan Bugatti sebenarnya diinspirasikan oleh Rembrandt Bugatti yang merupakan seorang pembuat arca terkenal. "Sekarang, kami telah menghasilkan porselin paling laju di dunia," kata Woltman. - Agensi
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. whoa...that! freaking me out...ya..so cool ...! do visit my blog.. :D

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bekas Juara Tinju Muhammad Ali Dimasukkan Ke Hospital, Alami Radang Paru-Paru
    21.12.2014 - 0 Comments
    OUISVILLE: Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali dikejarkan ke hospital pada Sabtu akibat penyakit radang…
  • COOL : Lampu Jalanan Kuasa Turbin
    21.06.2012 - 0 Comments
    Aku rasa ni lampu jalanan yang paling genius dan cool,bukan basikal zaman dulu je guna turbin.Lampu turbin…
  • wanita mati dipercayai makan udang dan mengambil vitamin C
    04.02.2013 - 1 Comments
    Seorang wanita tiba-tiba mati dengan tidak disangka-sangka dengan tanda-tanda pendarahan dari telinga,…
  • Sejarah dan Asal Usul Congkak
    01.12.2012 - 0 Comments
    Permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun, bukti tertua yang…
  • TG Nik Aziz Bahagia tidur atas riba isteri
    10.02.2012 - 0 Comments
    KOTA BHARU: Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian…