Lelaki Wajib Tahu 4 Tahap Mati Pucuk ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 15 March 2012

Lelaki Wajib Tahu 4 Tahap Mati Pucuk


Lelaki Wajib Tahu 4 Tahap Mati Pucuk

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik.

Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah.


Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.

“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.

“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik.

Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.


ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.

Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual.

Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.

Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.

Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.


sumber: harian metro
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • TREN LEGOLAND YANG BARU DIBINA DI JOHOR TERBALIK
    17.09.2012 - 0 Comments
    Sempena pembukaan legoland di Johor, ini ada perkhabaran buruk  yang diterima apabila tren@keretapi…
  • WOW COOL !! Honda Jazz Hybrid Dilancarkan – RM94,800 OTR
    17.03.2012 - 1 Comments
    Honda Jazz Hybrid kini dilancarkan secara rasminya dalam satu perjumpaan bersama media di FRIM, Harga yang…
  • Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna
    23.08.2012 - 0 Comments
    Alhamdulillah,sedar tak sedar kahwin dah ek ustaz don ni..baru je buat entri tentang kad kahwin ustaz kat…
  • COOL GILA!! Mark Zuckerberg Menunggang Kerbau Di Vietnam
    05.03.2012 - 0 Comments
    Zuckerberg menunggang kerbau sambil diperhatikan pengawal. Pemilik laman sosial Facebook, Mark…
  • ALLAHUAKBAR !! Dapat 4A SPM, banduan muda ingin jadi wartawan
    23.03.2012 - 0 Comments
    MARANG – Saya tidak menyangka ada sekolah dalam penjara dan dari situ saya bertekad untuk belajar…