COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000 ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

COOL !! TELEFON BIMBIT TAG HEUR BERHARGA RM12,000

Mahu Beli Telefon Bimbit Tag Heuer 'Racer'? Tak Mahal, RM12,000 'Jer'....


Bila sebut Tag Heuer, yang terlintas dalam fikiran kita adalah produk jam tangannya yang bergaya dan eksklusif.

Namun ramai yang tak tahu, selain daripada jam tangan, syarikat itu juga ada menghasilkan cermin mata dan yang terbaru, telefon bimbit.

Mengambil inspirasi daripada Formula 1, syarikat tersebut menghasilkan telefon pintar Android yang dikenali sebagai Racer



Menariknya, Tag Heuer Racer didatangkan dengan kerangka luar tahan gegaran (shockproof rubber chasis) yang diperbuat dari bahan tahan lasak iaitu karbon fiber dan titanium.

Tag Heuer mendakwa telefon pintar Racer ini dikuasakan oleh cip prosessor berkelajuan tinggi, menggunakan Android versi terbaru (merujuk kepada Android 4 Ice Cream Sandwich), memiliki interface 3D boleh diubah tetapannya mengikut kemahuan pengguna.

Apapun Tag Heuer Racer hanya akan dijual melalui ‘butik-butik mewah’ serta penjual jam dan berlian terpilih (selected watch and jewellery retailers) bermula Julai 2012 ini.

Pada yang ‘hantu’ telefon bimbit dan sanggup berhabisan duit kerananya, Tag Heuer Racer mungkin tidak boleh dilepaskan.

Tetapi sebelum itu, ingin diingatkan yang harganya dijangka mencecah RM12,000 seunit, ada berani?-sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Pembeli Pertama iPhone 5
    07.10.2012 - 0 Comments
    iPhone 5 yang telah dijual di Apple Store di banyak negara. Berdasarkan zon waktu, Australia adalah…
  • Kontraktor palsu tipu RM2 juta
    28.10.2012 - 0 Comments
    KERJA pengubahsuaian ruang tamu rumah Chiew Ming di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang terbengkalai pada Mei…
  • Awal Tahun 2013 pelajar dibenarkan bawa telefon bimbit ??Apakah kesannya pada generasi akan datang ?
    21.07.2012 - 0 Comments
    Salam semua dan selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua umat islam di seluruh…
  • Wanita berusia 82 tahun aktif sebagai DJ kelab malam
    15.04.2017 - 0 Comments
    Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di…
  • Khairul Fahmi Che Mat Lakon Watak Sebagai Pengawal Keselamatan Untuk Drama Pendek
    01.07.2012 - 1 Comments
    Tidak perlu diragukan lagi, kini Khairul Fahmi Che Mat seorang selebriti dan kisah beliau sering diekori…