COOL !! [SPIDERMAN SEBENAR]Robert panjat bangunan di Jakarta ~ Bila Han Bercerita

Monday, 26 March 2012

COOL !! [SPIDERMAN SEBENAR]Robert panjat bangunan di Jakarta




JAKARTA - Warga Perancis yang diberi nama jolokan, Spiderman, Alain Robert berjaya memanjat sebuah bangunan 50 tingkat setinggi 215 meter di sini semalam.

Bagaimanapun, Robert, 49, menggunakan tali dan abah-abah semasa dia memanjat bangunan Menara Bakrie itu.

Sebelum ini, dia terkenal kerana memanjat sejumlah bangunan tinggi tanpa menggunakan tali dan kelengkapan keselamatan.

Menurut portal berita tempo.co, dia mula memanjat pada pukul 10.25 pagi dan berjaya tiba di atas bangunan tersebut pada sekitar pukul 12 tengah hari.

Dia memanjat bangunan tersebut selepas diundang oleh pihak pengurusan syarikat televisyen swasta, antv.

Portal berita Gatra melaporkan, Presiden antv, Dudi Hendrakusuma, pihak berkuasa tidak akan membenarkan Robert memanjat jika dia tidak memakai peralatan keselamatan.

Beliau berkata, pihak polis memberlikan kelulusan untuk memanjat tiga hari lalu.

Robert diundang memanjat bangunan itu sempena ulang tahun ke-19 antv.

Antara bangunan yang pernah dipanjatnya ialah Yayasan Sabah, Kota Kinabalu di Sabah; Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur; Hotel Vermont di Rio de Janeiro, Brazil dan Menara Wilis, Chicago di Amerika Syarikat. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Shera Aiyob Kini Bertudung Dan Buang Kesemua Gambar Lama Yang Tidak Bertudung
    08.12.2014 - 0 Comments
    Sejak minggu lalu, ramai mula memperkatakan tentang khabar yang mengatakan pelakon dan juga isteri kepada…
  • Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan
    05.02.2012 - 0 Comments
    Bahaya Kepak Ayam Pada Perempuan | Bahan steroid dalam ubat suntik daging ayam ternak boleh menyebabkan…
  • (Video) Lelaki Ini Lakukan Terjunan Daripada Angkasa Lepas
    09.04.2017 - 0 Comments
    Pada 15 Mac 2012, seorang lelaki, Felix Baumgartner, berbangsa Austria telah melakukan penerjunan udara…
  • COOL : Kini Psy Jutawan Youtube
    08.12.2012 - 0 Comments
    SEOUL: Klip video Gangnam Style bakal mencatat tontonan satu bilion kali di YouTube tidak lama…
  • Sawah di buat di atas bumbung di China
    19.03.2015 - 0 Comments
    Beijing: Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi…