ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 22 March 2012

ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM


Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM

SHAH ALAM – “Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya ilmu yang mampu mengubah jalan hidup saya dan saya percaya hanya ilmu yang mampu membersihkan nama saya.

“Saya tekad duduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun lepas, syukur ia rezeki saya apabila berjaya,” kata bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23.

Beliau yang dibebaskan dari Penjara Kajang Oktober lalu setelah dipenjarakan sejak 2008 kerana terbabit dalam kegiatan jenayah, yang tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu kerana desakan hidup, memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1E.

Muhammad Zainal merupakan antara sembilan pelajar cemerlang SPM di Selangor menerima keputusan peperiksaannya daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus di sini hari ini.

Beliau yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Integriti Kajang berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru serta pihak penjara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan pengurusan berkata, pihak penjara memaklumkan kepadanya yang mereka akan bantunya untuk mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajarannya.

Muhammad Zainal Ariff, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan turut menyampaikan pesan kepada mereka yang senasib dengan dirinya supaya berani berubah kerana hanya diri sendiri yang mampu berbuat demikian. – BERNAMA
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Mike Tyson set to tell his story in Las Vegas
    25.03.2012 - 0 Comments
    LAS VEGAS (Reuters) - Former heavyweight boxing champion Mike Tyson has, in his own words, behaved like…
  • Waitomo Glowworm : Gua Ajaib Yang Dipenuhi Kilauan Bintang di New Zealand
    14.05.2017 - 0 Comments
    Gua ini dikenali dengan nama Waitomo Glowworm, sebuah gua batu kapur yang berada di luar Waitomo, North…
  • FAKTA TENTANG ISRAEL YANG KORANG WAJIB TAU
    24.01.2012 - 0 Comments
    1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap…
  • COOL : Helmet Futuristik Untuk Ahli Bomba
    28.12.2012 - 0 Comments
    C-Thru Smoke Diving Helmet ialah konsep helmet dengan paparan FLIR yang dibina dalam visor helmetnya.…
  • COOL Penjara Mewah Di Georgia
    01.02.2012 - 0 Comments