ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

ALLAHUAKBAR !! KESIAN MATI DALAM KEADAAN TERSEPIT






KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang
pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum
disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan
sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan
Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari
Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala
dan perutnya tersepit.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan
berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara
perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu
tersandar di batang pokok sawit berdekatan.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan
awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar
jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil
masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori
dengan pokok sawit berkenaan.

SUMBER
Share:

Related Posts:

1 comment:

  1. allah....! apakah ini suratan takdir dia mati sedimikian rupa..

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Video Penuh Pergaduhan Mak Kau Hijau Bapak Kau Hitam
    08.06.2015 - 0 Comments
    Baru2 ni viral video pergaduhan budak2 kecik yang bergaduh mencarut2 di padang permainan..dan ramai yang…
  • Poetry Chronicles
    21.01.2012 - 0 Comments
    well it started with a single date,a single event,a single introduction,a single book,an eternal…
  • GILA MENGARUT !! REMAJA INI TUKAR NAMANYA JADI ‘ Captain Fantastic Faster Than Superman Spiderman Batman Wolverine Hulk And The Flash Combined ‘ !!
    06.03.2012 - 1 Comments
    Seorang remaja berusia 19 tahun secara rasmi menukar namanya menjadi Captain Fantastic Faster Than…
  • Restoran McDonald's kantoi siar video lucah kepada pelanggan
    11.12.2014 - 0 Comments
    SWITZERLAND, (MLP) – Pelanggan yang berkunjung di sebuah restoran McDonald’s melalui pengalaman yang…
  • The Warka : Menara Yang Mampu Mengumpul Air Dari Udara Nipis Di Ethiopia
    27.04.2017 - 0 Comments
    Di kawasan pergunungan Ethiopia, mencari bekalan air untuk diminum merupakan satu tugas yang memakan masa…