WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785 ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 25 March 2012

WOW !! Pemandu teksi dapat tambang RM4,785






HAMPSHIRE - Seorang pemandu teksi di Britain, Bob Ransley mendapat 'durian runtuh' apabila dia dibayar sebanyak £1,000 (RM4,785) untuk membawa sebuah keluarga dari rumah mereka di sini menuju ke banjaran Alps, di Perancis sejauh 1,280 kilometer untuk percutian bermain ski, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dibayar untuk membawa sepasang suami isteri, Peter Lelliott dan pasangannya, Rebecca Butler serta lima anak mereka selepas syarikat British Airways memberitahu bahawa penerbangan mereka terpaksa dibatalkan kerana salji tebal.
"Tiada penerbangan manakala tren rentas Eropah juga penuh dengan penumpang," kata Lelliott, 47.
Berazam untuk meneruskan percutian mereka, Lelliott menelefon syarikat teksi tempat Ransley bekerja di Southampton dan pemandu tersebut bersetuju membawa mereka ke resort Val D'Isere di Pergunungan Alps dengan teksinya.
Perjalanan melalui lebuh raya dan jalan berliku serta bersalji memakan masa 15 jam dengan Lelliott dan Ransley bergilir-gilir memandu teksi pelbagai guna (MPV) itu. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! JURULATIH GILA CABUL 10 PELAJAR
    16.02.2012 - 0 Comments
    PETALING JAYA: Seorang jurulatih yang diberi tanggungjawab melatih 300 ahli Pergerakan Pengakap sebuah…
  • 10 Negara Yang Mempunyai Umat Islam Teramai
    11.02.2012 - 0 Comments
    Dianggarkan terdapat lebih kurang 1.8 billion umat Islam di dunia ketika ini berdasarkan kepada kajian yang…
  • Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'
    05.08.2012 - 0 Comments
    Pelakon Anne Ngasri mengakui tiga anaknya memanggil kekasihnya iaitu penyanyi dari Singapura, Alif Aziz…
  • (Berjadual) Gerhana Matahari Separa Boleh Dilihat Di Malaysia Pada Hari Rabu Ini, 9 Mac
    09.03.2016 - 0 Comments
    Pada 9 Mac 2016 nanti iaitu hari ini, bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat…
  • Tasik Teller : Kolam Ikan Emas Terbesar Di Dunia
    12.12.2015 - 0 Comments
    SEBUAH tasik di Boulder, Colorado bakal menjadi kolam ikan emas terbesar di dunia apabila ia dipenuhi…