COOL !! 'Lebuh raya elektrik' beroperasi di AS ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 18 March 2012

COOL !! 'Lebuh raya elektrik' beroperasi di AS

SEBUAH kereta Nissan Leaf dicas di stesen pengecas pantas di lebuh raya Interstate 5 kelmarin.



CENTRAL POINT, Amerika Syarikat (AS) - Pada musim panas tahun lalu, Justin Denley terpaksa bermalam di sebuah motel semata-mata untuk mengecas kereta elektriknya yang mengambil masa semalaman ketika melalui lebuh raya rentas negeri Interstate 5 (I-5) dekat sini, negeri Oregon.

Kini, dia dan pemilik kereta elektrik lain tidak lagi perlu membazir masa atau gusar kenderaan mereka kehabisan tenaga sewaktu melakukan perjalanan jauh di lebuh raya berkenaan.

Mereka boleh mengecas kenderaan masing-masing dalam masa kurang setengah jam selepas lapan stesen pengecas pantas beroperasi di laluan sejauh 260 kilometer di lebuh raya I-5 Jumaat lalu.

Laluan berkenaan kini dikenali sebagai 'lebuh raya elektrik' pertama di AS.

Dibina selang 40 kilometer, fasiliti tersebut ditempatkan di beberapa stesen minyak, restoran rehat dan rawat serta motel bagi keselesaan pengguna.

Susunan itu juga dapat memastikan pemandu sampai ke stesen berikutnya walaupun terlepas sebuah stesen pengecas berkenaan.

Kereta elektrik di AS seperti Nissan Leaf memiliki jarak perjalanan sekitar 110 kilometer.

"Kereta kehabisan tenaga atau masa mengecas yang lama bukan lagi isu buat saya. Lagipun, kemudahan ini diberikan percuma," kata Denley yang memandu kereta Nissan Leaf.

I-5 yang dibina di Pantai Barat AS, menghubungkan Kanada dengan Mexico.

Menjelang hujung tahun ini, sejumlah stesen pengecas pantas itu akan ditempatkan di sepanjang lebuh raya I-5 dari Kanada menuju ke sempadan negeri California yang merangkumi jarak sekitar 885 kilometer.

"Saya gembira mendengar berita ini. Saya lebih rela menghabiskan masa 20 minit untuk mengecas kereta elektrik saya daripada membayar sekitar AS$5 (RM15.30) untuk setiap 3.78 liter atau segelen petrol," kata seorang eksekutif yang juga pemilik Nissan Leaf, Steve Smith. - AP
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Syarikat pengiklanan yang cool memberi hadiah selama 30 hari
    17.05.2012 - 0 Comments
    hey guys.okay..title asal benda awesome neh adalah  SAYS is giving out prizes everyday for 30…
  • Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?Rafizi minta PM kemuka bukti biayai anak bertunang
    11.03.2012 - 0 Comments
    Sambil menegaskan bahawa tidak timbul soal beliau memohon maaf, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli…
  • Penoreh semakin tertekan, harga getah jatuh merudum !!
    05.01.2016 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU - Masalah kejatuhan harga komoditi getah kini semakin membebankan dan memberi tekanan…
  • AWAS !! Bahaya Jilat Sampul Surat
    09.03.2012 - 0 Comments
    Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan surat sebagai salah satucara untuk berhubung. Cara yang…
  • How to Undo a Sent Email Message in Gmail
    15.01.2012 - 0 Comments
    Emails are widely used everywhere, every business deal is simply texted to other person and then…