GILA !! Tukang Masak Hilang RM3 Juta Dalam Satu Malam Gara-Gara Berjudi! ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 20 March 2012

GILA !! Tukang Masak Hilang RM3 Juta Dalam Satu Malam Gara-Gara Berjudi!




Seorang pendatang dari negara China baru-baru ini mendapat liputan luas media di New York kerana memenangi loteri berjumlah RM3 juta.

Zou Bingshen yang bekerja sebagai tukang masak membeli tiket loteri bernilai RM61 sebelum diisyhtiharkan pemenang hadiah utama berkenaan.

Dia dan isterinya pada mulanya bercadang untuk menggunakan wang kemenangan itu untuk membuka kedai sushi dan salun rambut.

Tetapi disebabkan tidak dapat mengawal tabiat suka berjudinya, Bingshen telah ke Connecticut untuk ‘mencuba nasib’ di salah sebuah kasino di sana.

Nak tahu apa jadi? Dia kalah dalam permainan tersebut dan hilang kesemua wang RM3 juta yang dimenanginya itu dalam satu malam!

Sebenarnya kekalahan yang dialami Bingshen lebih daripada itu hingga dia terpaksa pula meminjam pula daripada ceti haram.

Marah dengan perbuatan suaminya, si isteri akhirnya memfailkan penceraian.

Namun malang si isteri bertambah apabila samseng-samseng ceti haram yang gagal mengenemui Bingshen, bertindak menjadikan dirinya sebagai sasaran.

” Saya tak tahu di mana suami saya berada, sejak kami bercerai, bayangnya pun saya tak nampak….tolong jangan libatkan saya dalam hal ini, dia yang meminjam bukannya saya,” rayu si isteri.

Itu di New York, penulis percaya banyak kes yang sama juga berlaku di negara ini…inilah akibatnya kalau dah jadi taik judi.-mynewshub
Share:

Related Posts:

1 comment:

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Guru besar mati dalam rumah pelacuran
    10.02.2012 - 0 Comments
    gambar hiasan JAKARTA: Seorang guru besar sekolah rendah kerajaan, SD Kemasan, Sugiono, berusia 52…
  • GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING
    10.04.2012 - 0 Comments
    ULU TIRAM: Akibat tertekan dengan dua anaknya yang hiperaktif, seorang lelaki didakwa melepaskan geram…
  • Fakta : Enjin Roket Apollo F-1 Ditemui Di Dasar Laut Atlantik
    09.04.2017 - 0 Comments
    Sebuah projek bersejarah angkasa lepas yang diketuai dan dibiayai oleh pengasas Amazon.com, Jeff Bezos…
  • Kisah Sedih Jep Sepah Sebelum Bergelar Pelawak
    27.07.2013 - 0 Comments
    Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu…
  • Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'
    23.10.2012 - 0 Comments
    Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik…