Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 24 March 2012

Pekerja dakwa dipecat selepas dituduh mogok di facebook




KOTA BHARU – Seramai 41 pekerja kilang di Padang Tembak di sini, semalam mendakwa mereka dianiaya majikan apabila 21 daripadanya dikatakan dipecat sementara 29 lagi digantung kerja tanpa alasan munasabah.

Kumpulan pekerja itu bersama Pengerusi Majlis Permuafakatan Pekerja Muda, Rosdi Mat Zain hadir ke pejabat Sinar Harian di sini, semalam selepas menemui jalan buntu apabila terbeban dengan tindakan pihak majikan sebuah kilang tersebut.

Wakil pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Din, 34, berkata, mereka diberikan surat penamatan perkhidmatan yang menuduhnya sebagai individu penyebar surat layang di facebook.

“Dalam kandungan surat itu saya juga dituduh menghasut pekerja lain untuk melakukan mogok pada 16 Mac lalu. Sedangkan saya tidak melakukan perkara tersebut dan mogok itu juga tidak berlaku.

“Sudah 17 tahun saya berkhidmat dalam syarikat itu dan sekarang saya rasa dianiaya apabila diberhentikan tanpa sebarang notis. Bagaimana saya hendak membayar hutang kereta, sewa rumah dan menganggung kos hidup kalau begini,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja yang turut menerima nasib sama, Edy, 27, berkata, dia juga merasa ditipu apabila diberikan surat untuk ditandatangani tanpa diberitahu surat tersebut adalah persetujuan untuk dia diberhentikan.

“Mulanya, wakil syarikat itu memberitahu surat yang ditulis dalam bahasa Inggeris tersebut ialah surat untuk mendapatkan cek gaji, tetapi mujurlah terbaca dan tidak menurunkan tanda tangan.

“Mereka tidak sepatutnya melakukan perkara seperti ini. Kami diberhentikan secara beramai-ramai dalam tempoh sebulan. Kalau nak berhentikan kami, ikutlah saluran undang-undang yang betul,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan bercadang membuat laporan polis untuk mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak syarikat berkenaan.

“Kami rujuk ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) tetapi diberitahu kes ini perlu dibawa ke Mahkamah Perusahaan tetapi dimaklumkan hanya boleh dibantu sekiranya kami mahu bekerja kembali di syarikat itu,” katanya.


SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • SUKAR TIDUR MALAM BERISIKO 6 KALI GANDA HIDAP PENYAKIT
    01.02.2012 - 0 Comments
    LONDON 31 Jan. – Satu kajian baru mendapati, golongan yang sukar tidur malam berisiko enam kali lebih…
  • Bagaimana Bangladesh Boleh Terpisah Dengan Pakistan?
    15.05.2017 - 0 Comments
    Selepas jatuhnya British pada tahun 1947, Bengal dipisahkan daripada Pakistan Barat sebagai salah satu…
  • Info Seksual : Kesalahan Seks - 3 Kesalahan Suami Buat Isteri Sukar Pancut
    04.05.2017 - 0 Comments
    Apakah 3 kesalahan seks utama yang sering dilakukan oleh suami di ranjang, tanpa mereka sedari. Tuhan…
  • GEMPAR!! Terima Tawaran Tidak Berhenti Sejak Popular, Najwa Latif Beli Kereta Secara Tunai
    11.02.2012 - 0 Comments
    Dek kerana Malaysia sekali lagi berhenti menjadi produktif dek kerana bekerja hanya tiga hari, maka kami…
  • (7 Gambar) Harimau Obesiti Di China Mendapat Perhatian Ramai
    07.05.2017 - 0 Comments
    Gambar Harimau Siberia di  Siberian Tiger Park, China ini menjadi perhatian ramai dengan saiz badan…