Suspek penggodam Anonymous ditahan ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

Suspek penggodam Anonymous ditahan




PARIS – Seramai 25 suspek disyaki ahli gerakan peng*godam Anonymous ditahan dalam satu operasi merentasi Eropah dan Amerika Selatan baru-baru ini.

Suspek penggodam Anonymous ditahan

Agensi polis antarabangsa dalam kenyataan memberitahu, tangkapan dilakukan di Argentina, Chile, Colombia dan Sepanyol oleh pegawai penguatkuasa undang-undang yang bertugas di bawah Kumpulan Terlatih Interpol Amerika Latin dalam Jenayah Informasi dan Terknologi.

Suspek-suspek ditahan berumur antara 17 dan 40 tahun dan disyaki merancang melaraskan serangan siber terhadap beberapa buah institusi termasuk Kementerian Pertahanan Colombia, laman web presiden, syarikat elektrik Endesa Chile serta perpustakaan kebangsaan, termasuk lain-lain sasaran.

Menurut Interpol, tangkapan dilakukan berikutan siasatan berterusan pada pertengah Februari yang mana membawa kepada 250 rampasan melibatkan peratan teknologi maklumat (IT) dan telefon-telefon bimbit di sekitar 40 buah premis dalam 15 buah bandar.

Gerakan Anonymous semakin dipolitikkan ditengah-tengah kawalan ketat global terhadap jenayah cetak rompak muzik dan kontroversi antarabangsa pendedahan rahsia laman WikiLeaks.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • iPhone 6 & 6 Plus Sah Masuk Malaysia 7 November Ini
    22.10.2014 - 0 Comments
    iPhone 6 dan 6 Plus akan mula dipasarkan di Malaysia pada 7 November ini. Syarikat telekomunikasi DiGi…
  • Tasik Leitisvatn : Tasik Di Atas Tasik di Denmark
    14.05.2017 - 0 Comments
    Faroe adalah kepulauan yang terletak di antara Iceland dan Norway. Sekelilingnya adalah perairan Lautan…
  • COOL !! Potrait yang diperbuat dari stokin
    26.04.2012 - 0 Comments
    Seni potret yang cool ini dihasilkan oleh artis dari Malaysia iaitu Hong Yi,jom usha gambar,guna stokin…
  • COOL : 10 Tips untuk menjimatkan bateri handphone ketika bercuti
    30.04.2012 - 0 Comments
    Okay,entri ini sebenarnya aku khususkan untuk pengguna telefon pintar macam iPhone,BlackBerry dan sewaktu…
  • GILA : MENANTU HANTU,LACURKAN ISTERI DAN DUA ADIK IPAR
    26.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa…