Mesin ATM UM Dipecah, RM 280,000 Lesap Dalam 10 Minit ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 22 March 2012

Mesin ATM UM Dipecah, RM 280,000 Lesap Dalam 10 Minit


TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.
TERBUKA...pintu mesin ATM dipecahkan dengan pemotong besi oleh perompak di pekarangan dewan serba guna Universiti Malaya, semalam.


KUALA LUMPUR: Berbekalkan mesin pemotong besi, sekumpulan perompak mengambil masa kurang 10 minit untuk memecahkan mesin juruwang automatik (ATM) di perkarangan dewan serba guna Universiti Malaya (UM), di sini, sebelum melarikan wang tunai lebih RM280,000 di dalamnya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, kumpulan perompak terbabit yang dipercayai lebih daripada dua orang, amat licik mengelak kegiatan mereka dihidu pengawal keselamatan universiti berkenaan.

Mereka dipercayai mahir dengan selok-belok kawasan kampus apabila siasatan awal pihak berkuasa mendapati mereka menggunakan pintu pagar berkunci di kawasan belakang universiti untuk keluar dan masuk.

Ini berdasarkan kehilangan mangga dan penemuan rantai besi yang ditinggalkan di kawasan pagar itu.



Menurut sumber, kejadian rompakan itu hanya disedari kira-kira jam 6 pagi apabila pengawal keselamatan bertugas dimaklumkan pelajar mengenai kerosakan mesin ATM berkenaan.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bahaya Jika Tidur Berlebihan
    05.12.2013 - 0 Comments
    1. Diabetes – Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung…
  • Pesanan Penting BRUCE LEE Pada Muridnya
    22.02.2012 - 0 Comments
    A student asked Bruce Lee to teach him everything he knew about martial arts. Bruce held up two cups…
  • HAKIKAT CINTA SEBELUM BERKAHWIN
    03.03.2012 - 0 Comments
    Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam…
  • Panduan untuk menjadi Hipster
    08.10.2012 - 0 Comments
    Aik,nak jadi hipster pon ada tutorial?? haha.senang je.peralatan yang korang perlukan adalah.haa baca…
  • (3 Gambar) Rekaan Terbaru Perodua Myvi 2015 Yang Lebih Garang
    20.12.2014 - 0 Comments
    Gambar kereta Perodua Myvi baru 2015 tersebar menerusi laman sosial. Perodua Myvi rekaan terbaru ini…