AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 20 March 2012

AKHIRNYA !! Lelaki rempuh ahli Le Tour serah diri dan beri penjelasan






AMPANG: Seorang lelaki yang melanggar penunggang basikal, Rafizi Hamdan, 37, sehingga terbunuh dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Melawati di sini, kelmarin, menyerah diri di balai polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki berusia 20 tahun yang memandu kereta Proton Saga itu tampil di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, di sini, jam 11 pagi pada hari sama untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan daripada lelaki berkenaan untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis jam 4 petang kelmarin.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai sangat takut dibelasah orang ramai selepas menyedari kereta yang dipandunya melanggar penunggang basikal menyebabkan dia tidak berhenti, sebaliknya bergegas ke balai polis berdekatan.

“Kita menganggap kes itu selesai dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.

“Kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa yang juga ahli Kelab Le Tua menggunakan laluan susur Taman Melawati menuju ke Batu 12, Gombak, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah
    15.05.2012 - 0 Comments
    FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York…
  • WAJIB TAHU : Fakta dan khasiat tentang pisang yang mungkin anda tidak tahu
    23.05.2013 - 0 Comments
    Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan…
  • Saintis Menunjukkan Rupa Manusia Pada Tahun 3000
    08.10.2012 - 0 Comments
    Berkemungkinan besar.Ia hanya la teori semata- mata Menurut mereka, antara ciri-ciri manusia pada…
  • Pengacara GGV Fikry Dikecam Netizen, Lawak Tak Bertempat
    23.05.2017 - 0 Comments
    Selesai sudah penantian selama ini siapakah bergelar juara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Kumpulan UNIC…
  • Wanita Ini Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara
    12.06.2016 - 0 Comments
    Seorang wanita telah ditinggalkan oleh suaminya kerana didapati tidak mengalami pendarahan ketika…