GEMPAR !! Aaron Aziz Palsu Jual IPad ~ Bila Han Bercerita

Friday, 16 March 2012

GEMPAR !! Aaron Aziz Palsu Jual IPad




PETALING JAYA: “Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” kata pelakon, Aaron Aziz, selepas mendapati ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun facebook yang menggunakan namanya.

Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 36, berkata, dia juga merancang menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang turut membuka akaun facebook palsu atas namanya dan menggunakan laman itu untuk memperdaya peminat serta menggelapkan wang mereka.

Menurutnya, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.

“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya. - hmetro
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Cipta Mesin Layan Diri : Budak 14 Tahun Tolak Tawaran RM120 Juta Untuk Beli Syarikatnya
    17.05.2016 - 0 Comments
    Seorang budak berusia 14 tahun dari Alabama menolak tawaran US$30 juta (RM120 Juta) dari sebuah syarikat…
  • ASTRO Jawab Punca Sering Ulang Siaran
    11.10.2014 - 0 Comments
    Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) sering kali menimbulkan reaksi kurang senang kepada pelanggannya…
  • COOL : FAKTA TENTANG ORANG YANG BERTANGAN KIDAL
    16.04.2012 - 1 Comments
    INFORMASI DAN INFOGRAFIK YANG SANGAT COOL TENTANG ORANG YANG MENGGUNAKAN TANGAN KIRI
  • Betul ke Bekas Isteri Jimmy Shanley Hamil Anak Haram ?
    09.05.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – Pengacara Jimmy Shanley memberitahu Mahkamah Rendah Syariah hari ini bahawa isterinya,…
  • Fuhh Pencuci tandas ini peroleh ijazah
    15.05.2012 - 0 Comments
    FILIPAJ menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor Universiti Columbia, Donald Schlosser di New York…