ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 17 March 2012

ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri




SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.

Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.- Bernama
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Cincin Diperbuat100% Dari Permata Berharga USD 68 JUTA
    24.03.2012 - 2 Comments
    Pertama kali dalam sejarah dunia.Cincin permata yang diperbuat dari 100% permata. Cincin sebesar 150 karat…
  • Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz
    02.04.2012 - 1 Comments
    KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2012: Nama Aaron Aziz yang semakin melonjak kini sudah pastinya menjadi perhatian…
  • TOLONG MENYAMPAH ADA MAMAT BAJET HENSEM KALAH KOREA
    26.01.2012 - 0 Comments
    OKAY MAMAT NI PERASAN HENSEM,SILA GELAK SUMBER
  • FAKTA ASAL-USUL MENGENAI
    26.01.2012 - 0 Comments
    SILA ZOOM JIKA XNAMPAK :)
  • Budak Dibunuh Hanya Kerana Ejek 'GILA'
    23.10.2012 - 0 Comments
    Hanya kerana diejek 'gila', dua lelaki warga Kemboja dipercayai bertindak kejam memukul dan mencekik…