COOL !! ANDY LAU BAKAL JADI RAKYAT MALAYSIA ~ Bila Han Bercerita

Monday, 19 March 2012

COOL !! ANDY LAU BAKAL JADI RAKYAT MALAYSIA



Malaysia Sedia Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR


PETALING JAYA: Kehadiran penyanyi terkenal dan juga pelakon Hong Kong, Andy Lau akan disambut baik sekiranya dia memohon status penduduk tetap (PR) di negara ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam bagaimanapun berkata, Andy perlu melalui proses biasa seperti mana pemohon lain yang ingin menetap di negara ini.

"Secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon taraf PR sekiranya mereka berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia," katanya kepada The Star.

Mahmood berkata, Andy yang kini berusia 50 tahun boleh melakukan permohonan itu secara online di laman web Jabatan Imigresen Malaysia selain perlu hadir sendiri ke jabatan tersebut untuk memohon secara rasmi.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, Andy juga boleh memohon Pas Menetap yang boleh diperbaharui setiap lima tahun sebagai salah satu inisiatif oleh kerajaan.

Sebelum ini, dalam laporan akhbar, Andy memberitahu dia berminat untuk memegang status penduduk tetap di Malaysia untuk membesarkan bayi perempuannya.

Isterinya, Carol chu, 45, yang kini sedang mengandung tujuh bulan dijangka bersalin pada Mei depan di Hong kong. Isterinya itu adalah bekas ratu cantik dan seorang rakyat Malaysia.

sumber
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berakhirnya Kartun Anime Dan Komik Bersiri Naruto selama 17 tahun
    13.11.2014 - 0 Comments
    TOKYO – Selepas 17 tahun menabur ‘bakti’ menyelamatkan dunia, siri manga popular Jepun, Naruto hasil karya…
  • Pendapatan Aaisyah Dhia Rana Lebihi Pendapatan Rozita Che Wan
    15.11.2014 - 0 Comments
    Anak kepada selebriti terkenal, Aaisyah Dhia Rana yang belum pun menjangkau setahun tetapi populariti…
  • Bahaya Timang Anak !! (WAJIB BACA)
    28.10.2014 - 0 Comments
    SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan…
  • (VIDEO) Ibu Buta Dapat Lihat Bayi Yang Dilahirkannya Jadi Viral
    25.01.2015 - 0 Comments
    WASHINGTON: Sebuah video yang menunjukkan seorang ibu buta di Kanada melihat bayi yang baru dilahirkan…
  • 7 Cara Kempiskan Perut Buncit
    05.02.2012 - 0 Comments
    Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila…