ALLAHUAKBAR !! Empat jam tercekik ikan puyu ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Empat jam tercekik ikan puyu


ISMAIL menunjukkan bangkai ikan puyu yang melompat masuk ke dalam mulut cucunya di Machang, Kelantan semalam



KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia empat tahun terpaksa mengharungi detik-detik cemas apabila tercekik seekor ikan puyu selebar tiga sentimeter di rumah datuknya di Kampung Pulai Condong, Machang kelmarin.

Muhammad Akhif Danish Shamsuri terpaksa bertahan dalam kesakitan selama empat jam sebelum doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berjaya mengeluarkan ikan itu yang masih hidup dari dalam mulutnya.

Mangsa dipercayai cuba memegang ikan peliharaannya itu sebelum ia melompat ke dalam mulutnya.

Bapa mangsa, Shamsuri Shafie, 28, berkata, dia mendapat panggilan mengenai kejadian itu daripada adiknya sewaktu dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

“Ikan puyu itu dikatakan tersangkut di dalam mulut anak saya dan hanya nampak ekor. Adik saya sempat memegang ekornya bagi mengelak ia terus masuk ke dalam kerongkong,” ujarnya ketika ditemui di hospital itu semalam.

Menurut Shamsuri, adiknya bergegas membawa mangsa ke Hospital Machang sebelum dipindahkan ke HRPZ II.

“Ketika itu mulut anak saya sudah berdarah terkena duri ikan itu. Nasib baik masih ada ruang untuk anak saya bernafas,” katanya.

Kata Shamsuri, doktor HRPZ II pada mulanya mahu melakukan pembedahan kecil pada bahagian halkum anaknya untuk mengeluarkan ikan tersebut.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Minuman Tenaga RedBull Merbahaya
    15.02.2012 - 3 Comments
    Baru-baru ini diberita tempatan ada memaklumkan bahawa minuman tenaga yang popular RedBull telah ditarik…
  • Nutrisi Penting Untuk Wanita Sebelum & Semasa Hamil
    14.05.2012 - 0 Comments
    Apa yang anda dan suami makan mencerminkan kesihatan dan kecerdasan anak yang bakal lahir. Jadi,…
  • GILA !! HURUF ALIF DIGANTIKAN DENGAN LOGO 1 MALAYSIA
    22.03.2012 - 0 Comments
    aku xtau nak ckp apa..ni masa aku blogwalking aku jumpa benda ni..menurut sumber lain..logo tu ada dekat…
  • Cara Mudah Untuk Hilangkan Selulit Dengan Menggunakan 2 Bahan Ini Sahaja !
    12.04.2017 - 0 Comments
    2 bahan sahaja yang diperlukan, ianya adalah Minyak kelapa dan Aloe vera. Jom tengok video dibawah…
  • Cara Kenalpasti Barangan Yang Diperbuat Dari Kulit Babi
    12.02.2012 - 1 Comments
    Sekarang barangan kulit amat senang untuk didapati. Di pasar-pasar malam banyak dijual barangan kulit…