Zuckerberg pengasas Facebook jumpa PM Jepun ~ Bila Han Bercerita

Friday, 6 April 2012

Zuckerberg pengasas Facebook jumpa PM Jepun




TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

“Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu,” kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

“Amat berbeza,” kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

“Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini,” kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.- Reuters
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Inilah Rumah Hantu Yang Terbesar Dan Menakutkan Di Dunia
    04.12.2012 - 0 Comments
    Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ni telah diakui oleh Guiness Book of…
  • COOL :[VIDEO] Robot Ini Lebih Laju Berlari Daripada Usain Bolt
    28.10.2012 - 0 Comments
    The Cheetah merupakan sebuah robot yang mampu bergerak dengan pantas dalam sejarah dan ia telah dicipta…
  • WAJIB TAHU! 10 Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang
    26.10.2012 - 0 Comments
    1. Apakah wawasan hidupnya? Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam…
  • Resepi Ayam Goreng Ala Mcd Yang Amat Menyelerakan
    10.08.2017 - 0 Comments
    Ayam goreng ala MCD / KFC..memang takkan dapat rasa yang sama.dan memang mustahil tapi hampir-hampir pon…
  • Rahsia Pergerakan Otot Semasa Solat
    27.02.2012 - 0 Comments
    Cuba kaji pergerakan -pergerakan yang di lakukan dalam semasa solat setiap hari.Secara kasarnya kita akan…