ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 8 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Treler Melayang Dipukul Puting Beliung





DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah treler melayang semasa puting beliung melanda kawasan Dallas-Fort Worth di negeri Texas.

Dua buah bandar di Texas, Arlington dan Lancaster diisytihar zon bencana selepas puting beliung berkembar serta ribut menyebabkan 300 buah rumah di kawasan berkenaan rosak teruk.

Banyak kediaman yang berada dalam laluan ribut berkenaan ranap manakala sejumlah trak dan kereta turut terbalik ditiup angin kencang.

"Saya tidak pernah melihat dua puting beliung melanda dua kawasan metropolitan secara serentak seperti ini," kata seorang pakar meteorologi, Henry Margusity.

Seorang lelaki yang merakamkan gambar satu puting beliung berkenaan di utara Texas, Brandy Kemps memberitahu saluran berita ABC News; "Serpihan berterbangan merata-rata di depan mata saya termasuk debu, batu dan batang kayu.

"Puting beliung itu menuju ke arah kami dan ia kemudian hilang dari arah belakang bangunan apartmen tempat saya tinggal," katanya.

Lebih 12 orang cedera tetapi tiada laporan kemalangan jiwa berlaku dalam bencana tersebut setakat ini. - Agensi

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • 14 Tips Berhenti Merokok
    24.01.2012 - 0 Comments
    Okay guys,today Hann going to share a tips How can we stop smoking,sound like weird right ? Actually…
  • HAKIKAT CINTA SEBELUM BERKAHWIN
    03.03.2012 - 0 Comments
    Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam…
  • Tutorial : cara nak tukar email Nuffnang
    24.01.2012 - 0 Comments
    hey guys, Hann nak ajar korang macam mana nak tukar email nuffnang jika email lama korang kena block…
  • COOL !! CARA PALING BERKESAN UNTUK BANGUN PAGI
    09.03.2012 - 0 Comments
    Tips yang sangat berguna untuk anda semua.hehe okay cool is'nt ? sumber-9GAG
  • COOL : Inilah Fosil Dinasour Paling Besar Pernah Ditemui
    03.11.2014 - 0 Comments
    ARGENTINA – Sebuah fosil dinasour dipercayai milik dinasour terbesar pernah hidup di muka bumi ditemui…