WOW COOL !! Yuna Bakal Muncul Di Televisyen US ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 3 April 2012

WOW COOL !! Yuna Bakal Muncul Di Televisyen US




Baru sahaja pulang ke Amerika Syarikat, Yuna tidak terus berehat namun terus melangkah setapak lagi untuk muncul buat pertama kalinya di dalam rancangan kelolaan pengacara terkenal Conan O’Brien, Conan.Akan bersiaran secara langsung pada jam 10 malam waktu di Amerika Syarikat dan anda boleh menontonnya secara online di www.tbs.com.

Menurut laman web rasmi bagi rancangan bual bicara tersebut, Yuna dijemput untuk memperkatakan tentang album terbarunya di sana dan buat pertama kalinya akan mempersembahkan single terbarunya Live Your Life hasil kolaborasi bersama Yuna dan Pharell Williams.

Daripada intisari rancangan Conan untuk hari ini iaitu Isnin 2 April, Yuna akan mengisi segmen terakhir selepas selebriti undangan Neil Patrick Harris daripada sitkom How I Met Your Mother dan Kate Miccuci daripada siri televisyen Scrubs.

Terus membina nama disana, Yuna tidak pernah berhenti walau seketika mencari tapak di sana dan kini buktinya dia sudah dikenali di sana sehingga mendapat jemputan untuk program bual bicara yang ditonton jutaan penonton itu.Walaupun tewas kepada Charice daripada Filipina dalam Nickelodeon Kids’ Choice Award 2012 untuk Favorite Asian Act, kesempatan itu memberi peluang kepada Yuna untuk terus berjaya di sana.Jangan lupa untuk menyaksikan anak jati Malaysia, memperkatakan tentang muzik yang di bawakan olehnya pada jam 10 malam waktu tempatan Amerika Syarikat.

SUMBER
Share:

Related Posts:

2 comments:

  1. Yuna semakin gah .. haha ..nak sangat saya jumpa Hana Tajima ..cantik nya dia :D

    ReplyDelete

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Bekas Pengurus Fail Saman Terhadap Hafiz AF
    01.08.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR — Penyanyi Hafiz AF yang popular dengan lagu ”Awan Nano” hari ini disaman bekas pengurus…
  • ALHAMDULILLAH !! Bekas Banduan Jadi Pelajar Cemerlang SPM
    22.03.2012 - 0 Comments
    SHAH ALAM – “Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya…
  • PERGH :Model ni mati sebab anorexia
    30.04.2012 - 0 Comments
    Jeremy Gillitzer merupakan seorang model yang gua kategorikan hensem.badan pon okay..tapi at the last,tahun…
  • Info Seksual : Kesan buruk melancap bagi lelaki dan wanita
    24.01.2012 - 0 Comments
    Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang…
  • Cacing pita hidup dalam otak akibat selalu minum air perigi
    16.07.2016 - 0 Comments
    DOKTOR mengeluarkan cacing pita sepanjang 7.5 sentimeter yang bersarang di dalam otak seorang kanak-kanak…