GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja ~ Bila Han Bercerita

Friday, 13 April 2012

GILA !! Malas Jaga Suami, Maka Dibunuhnya Sahaja




Florida – Seorang wanita warga emas berusia 64 tahun didakwa membunuh suaminya yang menghidap sakit jantung dan menanam mayatnya di laman rumah mereka.

Barbara Scott memaklumkan polis bahawa dia melakukan perbuatan kejam itu kerana terlalu penat untuk menjaga suaminya yang menghidap sakit jantung.

Selepas menanam mayat Benny, 78, Barbara kemudiannya menanam pokok herba di atas kuburnya itu.

Benny, meninggal dunia selepas ditembak di bahagian belakang kepala oleh isterinya, Januari lalu.

Perbuatan kejam itu terbongkar kira-kira tiga bulan selepas kematiannya apabila anak perempuan mereka, Sonya Braudway membawa ibunya ke balai polis, selepas dia memaklumkan suaminya itu membunuh diri.


Selepas membunuh Benny, Barbara kemudian memaklumkan kepada kawan-kawannya bahawa Benny terlalu sakit untuk menjawab telefon, apabila mereka bertanyakan mengenai lelaki berkenaan.


Perbuatan itu terbongkar apabila Sonya Braudway mendesak Barbara menceritakan perkara sebenar yang menimpa bapanya.

Barbara memaklumkan Sonya bahawa suaminya itu terjatuh ketika mandi sehingga menyebabkan kepalanya cedera.

Namun dia kemudiannya menukar cerita dengan memaklumkan bahawa suaminya itu membunuh diri dengan pistol.

Barbara memberitahu, kerana panik dia telah mengebumikan mayat suaminya di laman rumah mereka di LakeAlfred, Florida.

Pihak berkuasa yang mengorek semula kubur berkenaan mendapati kaki Benny diikat manakala kepalanya diserkup dengan beg plastik.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • ALLAHUAKBAR !! Ferrari terbakar, pemandu sempat selamatkan diri
    17.03.2012 - 0 Comments
    SEREMBAN - Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya…
  • Resepi Popia Cheese Cendawan
    17.07.2017 - 0 Comments
    Bahan-bahan yang diperlukan : Kulit popia Sosej 4 batang 1 tin mushroom 1 tin cream of mushroom Bawang…
  • PM Israel lari Takut Kena Bom !!
    20.11.2012 - 0 Comments
    TV Israel melaporkan: "Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhdap Tel Aviv dan yang lebih…
  • Iklan Palsu iOS 7 Kalis Air Bodohkan Pengguna, Rosakkan iPhone
    18.10.2013 - 0 Comments
    Iklan tersebut, yang tersebar di seluruh laman web, mendakwa bahawa kemaskini terkini dengan iOS 7 akan…
  • TIPS TERBAIK UNTUK SUAMI KETIKA ISTERI SEDANG BERPANTANG
    08.05.2012 - 0 Comments
    Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:- 1. Para suami,…