Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 17 April 2012

Khairul Fahmi Elak Jadi Artis Walaupun Dapat Tawaran Berlakon






KUALA LUMPUR: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mahu menyertai bidang hiburan sama ada sebagai pelakon mahupun pengacara walaupun pelbagai tawaran diterimanya.

Apek,23, berkata, dia tidak berminat untuk mendalami bidang tersebut namun tidak kisah seandainya diberi tawaran untuk menjadi model iklan.

"Saya bukannya artis dan tidak mahu jadi artis tetapi cukuplah sebagai seorang selebriti yang dikenali dalam bidang sukan.

"Lagipun ia bukanlah satu bidang yang saya minati melainkan jika saya diminta menjadi model iklan dan terlibat dengan aktiviti peragaan yang mana kerjanya hanya mengambil masa yang tidak terlalu lama," katanya sambil memberitahu pernah ditawarkan berlakon filem.

Tambah anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini dia tidak mahu gara-gara sibuk dengan kerja-kerja seni, fokusnya terhadap kerjaya sukan pula akan tersasar.

Dalam pada itu, ditanya adakah keengganannya menyertai bidang seni hiburan itu disebabkan dia risau muncul pula pelbagai kontroversi lain seperti yang dilaluinya sebelum ini, Khairul Fahmi mengakui tentang hal itu.

"Saya tak mahu hal peribadi menjadi perhatian yang lebih berbanding kerjaya. Oleh itu biarlah fokus saya terhadap sukan sahaja.

"Dan selebihnya, cara untuk mengelakkan kontroversi ialah saya lebih suka duduk di rumah jika ada masa terluang," ujarnya yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan Liga Super.

Kontroversi Apek mula tercetus selepas beliau yang juga penjaga gol terbaik Asia itu putus tunang dengan seorang penulis blog, Aimie Harmelia, apabila dikatakan cintanya sudah beralih kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Dahlia Teck.

Tidak lama kemudian, muncul pula satu lagi khabar angin mengatakan Apek mempunyai cinta baru dengan seorang pemilik butik bernama Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey). Namun wanita itu tampil menafikan ada hubungannya dengan Apek.

Terbaru, Apek dan Leuniey muncul menjadi model bagi iklan produk SimplySiti iaitu Eau De Parfum (EDP) yang baru sahaja dilancarkan.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Senarai Nama 6 Anggota Polis Terkorban di Semporna
    04.03.2013 - 0 Comments
    Senarai nama 6 anggota terkorban di Semporna, Sabah: 1. Pegawai cawangan khas Bukit Aman, Superitendan…
  • Cool : Inilah Cara Rakyat Bangladesh Sejukkan Rumah Mereka Tanpa Elektrik !!
    04.06.2016 - 0 Comments
    Lihat sampai habis video ini ternyata idea yang muncul sememangnya sangat kreatif. Sebuah perkampungan di…
  • COOL : Keadaan Di Dalam Istana Walt Disney Untuk Pemiliknya
    02.04.2013 - 0 Comments
    mesti ramai yang tertanya2 macamne la rupa dalaman istana walt disney ka.jom…
  • AWAS : Kesan Minum Sambil Berdiri
    10.02.2012 - 0 Comments
    Satu kajian kesihatan oleh ahli akupuntur mengatakan, air yg masuk dgn cara duduk akan disaring oleh…
  • 6 Punca Akaun Facebook Dapat Di Hack Yang Wajib Diketahui
    21.02.2012 - 0 Comments
    1. Kecuaian Pengguna Inilah penyebab utama akaun Facebook dihack dan diakui di seluruh dunia. Apakah anda…