ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 April 2012

ALLAHUAKBAR !! Tersepit bawah treler tapi masih hidup


CEMAS... anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan awal pagi semalam.


ENDAU: Seorang pemuda hampir maut apabila Proton Saga dipandunya terperosok di bawah treler dalam kemalangan di Kilometer 1 Jalan Tanjung Gemuk, Endau–Rompin, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Abu Neklah, 32, dikatakan keluar dari Simpang Kampung Pianggu sebelum merempuh treler berkenaan yang gerak dari arah Endau.


Akibatnya, kenderaan berkenaan diseret 50 meter dan dia cedera di badan manakala pemandu treler, Ridzuan Adnan, 24, bersama kelindan, Zulkarnain Arnain, 21, tidak cedera.

Menurut Ridzuan, mereka dalam perjalanan dari Kemaman, Terengganu, dan hanya menyedari kemalangan selepas terdengar dentuman kuat selain terasa treler mengheret sesuatu.


“Sebaik mendengar bunyi dentuman, saya menurunkan tingkap untuk melihat cermin pandang sisi dan terkejut apabila mendapati ada kereta di bawah treler.


“Kami kemudian turun dan cuba membantu mangsa tetapi gagal kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mereka menghubungi pihak berkuasa sebelum sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Endau dan Rompin tiba 20 minit kemudian.


“Mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Mersing untuk menerima rawatan,” katanya.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Top 10 : Orang Terkaya Di dunia 2011/2012
    25.02.2012 - 1 Comments
    Majalah Forbes yang berpengkalan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan nama manusia yang terkaya di…
  • Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95
    11.08.2012 - 0 Comments
    Hello semua.pengguna kereta,motorsikal.korang selalu isi minyak ron 95 ke ron 97?? Okay,sekarang ni…
  • 16 Tips Jimat Minyak Kereta
    23.01.2012 - 2 Comments
    Hann nak share sikit tips2 untuk jimat minyak,melalui pengalaman sendiri dan kawan2 :) Tip-tip…
  • Isi Buah Durian Berwarna Merah
    31.01.2012 - 0 Comments
    Biasanya kita akan mendapati isi buah durian bewarna kuning atau putih kekuningan, tetapi pernahkah kita…
  • TOLONG MENYAMPAH ADA MAMAT BAJET HENSEM KALAH KOREA
    26.01.2012 - 0 Comments
    OKAY MAMAT NI PERASAN HENSEM,SILA GELAK SUMBER