COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 25 April 2012

COOL !! PM Singapura buka akaun Facebook




SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan laman Facebook miliknya semalam untuk berkomunikasi dengan rakyatnya.

Pembukaan akaun di laman itu dibuat selepas semakin ramai rakyat Singapura melepaskan kekecewaan terhadap pemerintah menerusi media sosial.

Hsien Loong, 60, berkata, beliau memutuskan untuk membuka akuan Facebook selepas didorong oleh rakan-rakan kabinetnya yang telah menggunakan laman rangkaian sosial popular tersebut.

"Saya berharap anda akan menemui laman Facebook saya sebagai menarik. Saya akan menggunakan ia bagi bercakap mengenai beberapa perkara yang saya lakukan dan fikirkan tetapi saya juga inginkan pandangan anda.

"Marilah kita gunakan laman ini untuk membantu membangunkan idea dan memahami tentang perkara yang boleh dilakukan bersama bagi memperbaiki kehidupan kita.

"Sebagai pengguna baharu Facebook, saya menghargai pendapat, cadangan dan yang paling penting, kesabaran anda," katanya dalam mesej pertamanya di Facebook.

Dalam tempoh beberapa jam selepas dilancarkan, laman Facebook beliau mendapat lebih 400 komen. - AFP
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • MANUSIA TERKUAT DI DUNIA DITEMUI DI MESIR
    09.10.2012 - 0 Comments
    Nama beliau ialah Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah dari Mesir dan beragama Islam. Dia telah berkahwin…
  • Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun
    09.04.2017 - 0 Comments
    Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau…
  • Wang cacat yang bernilai 100Yuan/(RM60) ini kini bernilai jutaan dolar
    12.07.2015 - 0 Comments
    Beijing: Seorang ahli perniagaan di Wuhu terkejut apabila mendapati wang kertas cacat 100 yuan (RM60)…
  • GILA : Pelajar Perempuan Di China Dilarang Memakai Bra Semasa Peperiksaan
    13.11.2014 - 0 Comments
    Peperiksaan  merupakan perkara yang akan membuat gugup bagi pelajar, apalagi kalau ujian tersebut…
  • E-Book Permata Yang Hilang Full Secara Percuma
    23.06.2017 - 0 Comments
    Sorotan atau sambungan dari artikel senaman menguatkan tenaga batin.(1) (2) Bagi yang tidak mengetahui,…