Pua Khien Seng – Pencipta USB Flash Drive ~ Bila Han Bercerita

Monday, 16 April 2012

Pua Khien Seng – Pencipta USB Flash Drive

Hey korang,tadi Han blogwalking dekat blog amanz.so terjumpa benda best neh,info tentang pencipta USB,Han pon barutahu,so jom baca artikel sepenuhnya kat bawah neh :-

Saya masih ingat membeli USB Flash Drive berjenama Pendrive bersaiz 128MB pada harga RM300 sekitar tahun 2003. Tapi harganya semakin menurun pada masa sekarang ini, dengan ruangan storan yang semakin berganda, membolehkan para pengguna mendapat storan beberapa gb pada harga hanya puluhan ringgit. Tahukah anda, disebaliknya, orang yang menggunakan teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia?

Pua Khien Seng, father of pendrive, flashrive inventor

Penciptanya adalah Pua Khein-Seng, berasal dari Sekinchan, Selangor. Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan telah bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp pada bulan November tahun 2000. Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan dalam melanjutkan pelajaran ke Taiwan dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap disana dengan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka telah mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi single-chip controller flash controller.

Syarikat Phison juga telah meningkat naik dengan pantasnya. Mereka telah melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan telah mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan yang diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.

Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.

Menariknya, terdapat ura-ura yang Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pendrive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana di Malaysia. Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan dan menubuhkan syarikat disana. Namun ia hanya sekadar ura-ura sahaja, dan kami tidak mendapat sebarang info rasmi berkaitan dengannya buat masa ini. Sekiranya perkara ini benar dan tidak berlaku, sudah tentu Pendrive dikenali sebagai ‘Teknologi dari Malaysia’ berbanding ‘Teknologi dari Taiwan’ seperti sekarang ini.

pencipta pendrive

Apapun, Pua Khien-Seng masih tidak melupakan Malaysia, dan sering kembali ke Malaysia pada Tahun Baru Cina dan sebagai lokasi percutian. Pada masa yang sama, kini beliau juga dalam perancangan untuk membuka kilang dan cawangan Phison di Pulau Pinang untuk membantu pekerja beliau yang juga berasal dari Malaysia untuk kembali bekerja disini disamping membantu membangun ekonomi negara.-amanz.my

sumber wikipedia 1&2

Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • GEMPAR!! Boo Anjing Comel Ini Ada Facebooknya Sendiri, Peminat 1.79 Juta
    11.02.2012 - 0 Comments
    Alahai, comelnya si Boo anjing Pomeranian nih. Kalau tercongok depan aku pun mesti rasa macam nak pegang.…
  • COOL !! top 10 browser terbaik 2012 !!
    26.02.2012 - 0 Comments
    Internet Browser merupakan software yang berfungsi untuk membantu kita menjelajahi dunia maya yang luas…
  • Peluang Melihat Janggut Nabi Muhammad SAW
    22.02.2012 - 0 Comments
    KANTA pembesar digunakan untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah bekas di Masjid…
  • (Video) Burger King Rusia Tawar Menu Baru ‘Trump Burger’
    13.11.2016 - 0 Comments
    KEMENANGAN Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat dalam pilihan raya negara itu Selasa lalu…
  • 15 Fakta menarik tentang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
    24.03.2012 - 0 Comments
    1. Mempunyai empat jenis tandatangan dan dalam kad pengenalannya yang diisukan pada tahun 1964 setelah…