GILA !! Wanita kudung dalang jual bayi ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 7 April 2012

GILA !! Wanita kudung dalang jual bayi


KLANG: Wanita ini kudung kaki kiri, tetapi dipercayai mendalangi sindiket jual bayi warga tempatan kepada pasangan yang tiada anak untuk dijadikan anak angkat.

Dia yang juga warga Singapura dikesan menghantar gambar bayi berkenaan melalui MMS dan menawarkannya mengikut harga tertentu bergantung kepada kedudukan kewangan pasangan yang berminat membeli.

Malah, sindiket terbabit yang disyaki bergiat aktif sejak dua bulan lalu itu turut menggaji tiga wanita rakyat tempatan sebagai pengasuh bayi berkenaan sebelum dijual.

Kegiatan sindiket itu dibongkar dalam satu serbuan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pusat beli-belah, di sini selepas mereka cuba menjual dua bayi berusia 22 hari dan tiga bulan kepada dua pasangan suami isteri, pagi semalam.


Sebelum serbuan, sindiket terbabit sudah menjual dua bayi.


Dalam serbuan jam 11.30 pagi itu, sepasukan anggota menyerbu sindiket terbabit selepas mendapat aduan orang awam mengenai kegiatan penjualan bayi di kawasan itu.



Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Koleksi 404 Page Not Found yang Awesome
    16.06.2012 - 0 Comments
    sumber mana korang rasa paling cool ? aku rasa yang bawah sekali…
  • Flying Drawbridge - Jambatan Angkat Yang Menarik Di Netherlands
    11.04.2017 - 0 Comments
    Terletak di bandar Leeuwarden di Belanda, Slauerhoffbrug (dalam bahasa Inggerisnya: Slauerhoff Bridge),…
  • Taubat nabi palsu sudah terlambat
    07.03.2012 - 0 Comments
    ABDUL KAHAR diiring keluar selepas Mahkamah Rayuan Syariah di Shah Alam menolak rayuannya semalam SHAH…
  • COOL : Bekas Tangki Minyak Pesawat Tempur US Semasa Perang Vietnam Dijadikan Sampan
    05.11.2014 - 0 Comments
    Jet tempur taktikal banyak bergantung kepada bahan api JP-4 yang dimuatkan pada tangki minyak tambahan.…
  • USTAZ AZHAR IDRUS MASUK ASTRO OASIS
    27.06.2012 - 0 Comments
    Alhamdulillah, penantian kemunculan Ustaz Azhar Idrus di kaca TV bakal berakhir tidak lama lagi apabila…