WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua ~ Bila Han Bercerita

Monday, 30 April 2012

WOW : Ahli Perniagaan Australia Mahu Bina Titanic Kedua




SYDNEY – Salah seorang orang terkaya Australia, Clive Palmer hari ini mendedahkan rancangannnya untuk membina Titanic versi abad ke-21 di China dengan pelayaran sulung dari England ke New York dijadual pada 2016.

Palmer, seorang ahli perniagaan perlombongan berkata, beliau sudah menyerahkan kontrak pembinaan kapal persiaran itu kepada sebuah syarikat China, CSC Jinling Shipyard bagi membina Titanic II yang mirip kapal pertama yang karam.

“Kemewahan yang dimiliki kapal ini sama dengan kapal asal Titanic tetapi ia tentunya satu mercu tanda pembinaan dan kehebatan teknologi pelayaran serta sistem keselamatan abad ke-21,” katanya dalam satu kenyataan.

“Titanic II akan belayar di hemisfera utara dengan pelayaran sulungnya dari England ke Amerika Utara dijadual penghujung 2016.

“Kami sudah menjemput Tentera Laut China untuk mengiringi Titanic II dalam pelayaran sulungnya nanti ke New York.”



Pengumuman Palmer muncul beberapa minggu sempena sambutan ke-100 tahun tenggelamnya Titanic pada 15 April 1912 selepas melanggar bongkah ais ketika pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.

Palmer berkata, kapal baru itu sebagai menterjemahkan kekentalan semangat pekerja yang membina kapal pelayaran gergasi asal berkenaan.

“Pekerja berkenaan menghasilkan kapal yang terus kekal biarpun sudah 100 tahun berlalu dan semangat ini perlu dikekalkan untuk 100 tahun lagi,” katanya.

Titanic dibina oleh White Star Line dan ia adalah syarikat perkapalan terbesar di dunia ketika itu.

Palmer berkata, beliau juga sudah mewujudkan syarikat perkapalannya sendiri iaitu Blue Star Line dan pembinaan Titanic II adalah sama dengan kapal asal iaitu mempunyai 840 bilik serta setinggi sembilan tingkat. – AFP
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Fakta Menarik Mengenai Kucing
    08.07.2012 - 0 Comments
    Semua orang tahu apa itu kucing. Malah ramai juga di antara kita yang menjadikannya sebagai haiwan…
  • Cameron Highlands Terima Gelombang Kedua Banjir Kilat
    08.11.2014 - 0 Comments
    Cameron Highlands: Hujan lebat tidak sampai 30 minit yang bermula kira-kira jam 1.45 petang tadi, sekali…
  • Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000
    10.04.2017 - 0 Comments
    Peel P50 merupakan kereta yang telah tersenarai di dalam buku Guinness World Records sebagai kereta…
  • Hak Eksklusif Astro Akan Tamat, Pesaing Baru Bakal Tiba
    13.12.2015 - 0 Comments
    Hak monopoli sebagai stesen TV berbayar tunggal negara, Astro akan tamat pada 28 Februari 2017. Lapor…
  • Kenapa Lelaki Cepat Ghairah Pada Waktu Pagi?
    14.05.2017 - 0 Comments
    Bangun sahaja dari tidur, lelaki sentiasa berasa lebih ghairah dibandingkan dengan waktu lain. Mungkin…