FAKTA : Pokok mati akibat WiFi ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 7 April 2012

FAKTA : Pokok mati akibat WiFi




ALPHEN AAN DEN RIJN, Belanda - Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning.

Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.

Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.

Bandar Alphen aan den Rijn yang terletak di barat Belanda mengarahkan kajian itu dilakukan sejak lima tahun lalu selepas mendapati pokok-pokok di kawasan itu mengalami situasi yang tidak normal.

Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati.

Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan. - Agensi
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL !! Ini dia gudang emas padu, mengandungi 4.600 tan emas murni!!
    22.02.2012 - 0 Comments
    Harta karun? Di dalam gudang ini tersimpan 4.600 tan emas murni atau logam mulia. Emas-emas batangan itu…
  • Peel P50: Kereta Terkecil Di Dunia Dengan Harga $16,000
    10.04.2017 - 0 Comments
    Peel P50 merupakan kereta yang telah tersenarai di dalam buku Guinness World Records sebagai kereta…
  • GILA !! 2,000 tong gas meletup
    29.02.2012 - 0 Comments
    KEBAKARAN kilang memproses dan mengisi gas di Batu 22, Jalan Beranang. KAJANG: “Saya sempat melihat…
  • Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
    03.11.2012 - 0 Comments
    Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada…
  • VIDEO : KONSERT BIGBANG ALIVE GALAXY TOUR MALAYSIA 2012
    28.10.2012 - 0 Comments
    Lebih 15 000 peminat tak berganjak walaupun ditimpa hujan seawal jam 8 malam demi menyaksikan kemunculan…