GEMPAR !! Leeteuk Super Junior Tayang Nombor Telefon Di Twitter ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 3 April 2012

GEMPAR !! Leeteuk Super Junior Tayang Nombor Telefon Di Twitter

super junior



3 APRIL 2012:Ketua kumpulan Super Junior, Leeteuk membuat kejutan besar buat peminatnya diseluruh dunia apabila telah mendedahkan nombor telefon peribadinya di laman Twitter miliknya sendiri.

Dengan memulakan gurauan bahawa dia bakal meninggalkan Super Junior, Leeteuk dengan beraninya telah meletakkan nombor telefon miliknya pada awal pagi 1 April.

Tindakan Leetuek telah menggembirakan peminat fanatiknya sehinggakan ada yang tidak senang duduk untuk menelefonnya dan bercakap secara peribadi.

Pada mulanya peminat Leetuek dan seluruh warganegara Korea agak keliru dan menimbulkan tanda tanya sama ada nombor berkenaan benar atau palsu.

Namun, tidak disangka, nombor berkenaan adalah memang benar milik penyanyi dan penyampai radio itu.

Ada segelintir masyarakat turut menganggap ianya sekadar usikan Leeteuk sempena tanggal 1 April yang mana hari itu ramai menyambut hari April Fool.

Selain meletakkan nombor telefon ini - 010-4460-1117, Leeteuk turut memberitahu bahawa nombor berkenaan benar belaka dan mulai sekarang peminatnya boleh terus menghubungi dirinya.

Selepas itu, Leeteuk memaklumkan bahawa telefonnya hampir rosak akibat bertubi-tubi orang telah menghubunginya.

Namun, dia memberitahu ini adalah masa sesuai untuk dia mengenali lebih dekat orang yang meminati dirinya.

Leeteuk turut mengatakan dia menerima 5,000 pesanan SMS dan 1,000 kakaotalk berserta panggilan menerusi video.

Bagaimanapun, Leetuek mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menghubunginya.

Sungguhpun telefon miliknya itu hampir rosak, artis ini berasa sangat gembira dan sedikit pun tidak menyesal dengan tindakannya itu.

Dalam masa yang sama, kawan baik Leeteuk iaitu Kim Heechul turut mengakui bahawa Leeteuk tidak berbohong.

Malah, dia sendiri telah membuktikan bahawa nombor berkenaan milik Leeteuk.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadi
    03.03.2012 - 0 Comments
    AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah…
  • Info :  10 Penyakit Berbahaya Akibat Pengamalan Seks Bebas
    08.04.2017 - 0 Comments
    1. Herpes Genital Hampir 31 juta rakyat Amerika, satu dari enam jumlah penduduk Amerika pernah…
  • Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'
    05.08.2012 - 0 Comments
    Pelakon Anne Ngasri mengakui tiga anaknya memanggil kekasihnya iaitu penyanyi dari Singapura, Alif Aziz…
  • COOL !! LAMBORGHINI KELUARKAN KASUT SEBAGAI PRODUK BARU
    04.03.2012 - 0 Comments
    Tadaaa.. kasut ni sesuai untuk pompuan yang minat kete.hehe..ni gua jumpa kat gogle.saja nak share…
  • FAKTA : 10 Penjenayah Terkemuka Malaysia
    06.10.2012 - 0 Comments
    Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang…