Hidup Azlan (The Typewriter) Berubah Selepas Dapat Anak ~ Bila Han Bercerita

Wednesday, 18 April 2012

Hidup Azlan (The Typewriter) Berubah Selepas Dapat Anak




KUALA LUMPUR: Penyanyi Azlan & The Typewriter mengakui pengalaman bergelar bapa sejak empat bulan lalu mengubah dirinya menjadi insan yang lebih baik.

Azlan atau nama sebenarnya Nor Azlan Rosle, 30, berkata kelahiran anak perempuan sulungnya, Laura Lutfea bagaikan satu keajaiban dalam dirinya.

"Anak ini satu keajaiban bagi saya. Percaya atau tidak, semuanya berlaku secara tanpa disangka.

"Kelahirannya banyak mengubah hidup saya secara peribadi termasuk pemikiran dan sikap sejak empat bulan lalu," katanya.

Azlan ditemui pada pelancaran klip video Idola yang merupakan lagu runut bunyi filem terbaru, Hoore! Hoore!.

Azlan berkata perkara terbaik sejak kelahiran Laura Lutfea apabila dirinya menjadi semakin matang.

"Setiap kali menatap wajahnya ketika tidur fikiran saya akan menerawang memikirkan banyak perkara mengenai masa depannya.

"Apa yang paling penting, saya perlu mengukuhkan kewangan keluarga agar masa depannya lancar dan terjamin," kata Azlan.

Beralih pada perkembangan kerjaya, Azlan memberitahu lirik lagu Idola ciptaan Audi Mok itu ditulis olehnya mengambil inspirasi Allahyarham Datuk Sudirman.

"Lirik lagu itu mengambil masa empat bulan untuk dihasilkan. Penulisannya lebih komersial, tidak boleh terlalu mendalam dan puitis.

"Saya perlu membuat kajian dengan menonton filem lakonannya Kami dan mendengar lagu-lagu Allahyarham bagi mendapatkan ilham," katanya.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • COOL : Inilah Sungai Yang Dahulunya
    26.03.2013 - 2 Comments
    Terletak di pusat kota, sungai itu juga mampu menarik minat para pelancong tempatan dan luar negara.…
  • COOL !! Apex terima tawaran lumayan sebagai duta PUMA
    21.03.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR, 20 MAC 2012: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun…
  • GEMPAR!! RM100,000 Untuk Iqram Dinzly Kahwin
    13.02.2012 - 0 Comments
    KUALA LUMPUR : Mungkin ada benarnya juga nada seleroh yang dikeluarkan Iqram Dinzly ketika ditanyakan…
  • Perintis Amplifier Gitar Marshall, Jim Marshall Mati Pada Usia 88 Tahun
    07.04.2012 - 0 Comments
    Anda mungkin mengenali jenama Marshall namun kurang tahu akan pencipta di’sebalik jenama yang begitu…
  • CUBAAN BUNUH DIRI YANG FAIL DAN BANGGANG !!
    21.03.2012 - 0 Comments
    haha..apa pon tak boleh.kena troll dengan brader moto 2 org tu...elok dah bagi nyawa nak bunuh…