WAJIB TAHU !! Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 22 April 2012

WAJIB TAHU !! Minum air bikarbonat berlebihan bawa maut




WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.

Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya. Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat.

Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat.

Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.

Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari.

“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.

Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga.

Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya.

Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.

Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand.

Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.

Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.

Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat.

“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. - AP

P/s :Fuh,pada sesiapa yang suka sangat minum air bikarbonat,gas2.kurangkan la ye..aku da memang lama gila minum air gas.hehe
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • SEJARAH AWAL  Sebelum Maher Zain Menjadi Penyanyi
    19.02.2012 - 1 Comments
    Maher Zain mendapat mendapat inspirasi daripada ayahnya untuk terlibat dalam bidang muzikal,. Ayahnya…
  • Fuhh 50 Orang Lagi Selebriti Akan Tampil Buat Tuntutan Terhadap David Teo
    12.05.2012 - 2 Comments
    Nampaknya permohonan maaf secara terbuka David Teo baru baru ini tidak mampu meredakan keadaan. Saiful…
  • Gambar Edit Shah Rukh Khan Bercium Dengan Salman Khan Tersebar
    30.11.2014 - 0 Comments
    Dikhabarkan gambar ini telah tersebar luas dan terus menjadi kontroversi di media dan laman sosial…
  • Mark Zuckerberg Dedah Kenapa Dia Memakai Baju Warna Sama Setiap Hari
    09.11.2014 - 0 Comments
    Billionair CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah mendedahkan kenapa dia memakai baju T-shirt berwarna…
  • GEMPAR !! Nenek Berusia 16 Tahun Akibat Kesalahan MyKad
    16.02.2012 - 0 Comments
    Nenek Berusia 16 Tahun Akibat Kesalahan MyKad Akibat mulut badan binasa, akibat MyKad, nenek boleh jadi…