GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING ~ Bila Han Bercerita

Tuesday, 10 April 2012

GILA !! LELAKI BERANG DAPAT ANAK HYPERAKTIF,BALING ANAK KE DINDING




ULU TIRAM: Akibat tertekan dengan dua anaknya yang hiperaktif, seorang lelaki didakwa melepaskan geram dengan menghumban kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun itu umpama bola ke dinding sejak setahun lalu sebagai alasan mahu mendisiplinkan mereka.

Lebih mengecewakan, selepas dua kanak-kanak itu dihantar ke pusat perlindungan bermula pertengahan Januari lalu, lelaki berkenaan terus bertindak kejam dengan memukul isterinya dalam lebih 10 kejadian berasingan kerana melahirkan anak hiperaktif.

Mangsa keganasan rumah tangga, Vani, 32, berkata dia tidak sangka suaminya yang juga pemandu van dan bersikap penyayang sejak mendirikan rumah tangga 10 tahun lalu, bertukar agresif dipercayai akibat ketagihan minuman keras.

Menurutnya, sejak setahun lalu, dua anaknya termasuk anak perempuan sulung, Anita, 9, dan anak lelaki, Jaya, 7, menjadi mangsa suaminya yang kerap menghukum mereka dengan memukul dan membaling mereka ke dinding.


Katanya, lebih membimbangkan, akibat perbuatan itu, kedua-dua anaknya cedera di beberapa anggota badan termasuk di wajah sehingga Anita menerima jahitan di bawah dagu pada awal Januari lalu.

SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Berbakat tapi tidak kacak, Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV
    20.11.2016 - 0 Comments
    PETALING JAYA— Hanya kerana tidak memiliki rupa paras yang kacak dan tidak ramai peminat di media sosial,…
  • Awas Wanita! Taktik Baru Perogol
    17.01.2012 - 0 Comments
    Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada…
  • Ustaz Don Kini Bergelar Suami Kepada Husna
    23.08.2012 - 0 Comments
    Alhamdulillah,sedar tak sedar kahwin dah ek ustaz don ni..baru je buat entri tentang kad kahwin ustaz kat…
  • Harga rumah dijangka naik 
tiga peratus selepas GST
    14.11.2014 - 0 Comments
    PUTRAJAYA 12 Nov. – Kerajaan menjangkakan harga rumah di seluruh negara mengalami peningkatan sebanyak…
  • PERGH Lamborghini Audigier yang super cool
    30.04.2012 - 0 Comments
    Lamborghini Audigier yang cool ini Direka oleh pereka fesyen Kristian Audigier, Lamborghini…