GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta ~ Bila Han Bercerita

Thursday, 19 April 2012

GILA !! Perpustakaan beli sebuah buku RM44 juta




LONDON - Buku tertua di Eropah yang masih berada dalam keadaan sempurna, Gospel St. Cuthbert akan kekal di Britain selepas Perpustakaan British mengumpul dana £9 juta (RM44 juta) untuk membeli kitab berkenaan.


Separuh daripada RM44 juta yang diperlukan bagi membeli buku agama Kristian dari kurun ke-7 berkenaan datang dari Dana Memorial Warisan Kebangsaan dengan bakinya dibayar oleh beberapa yayasan amal, tabung amanah dan sumbangan orang awam.


"Kesemua muka surat, ikatan benang buku ini masih sempurna, sekali gus menghubungkan kita dengan nenek moyang kita 1,300 tahun dahulu," kata Ketua Eksekutif, Perpustakaan British, Lynne Brindley.


Ia ditanam bersama mayat seorang pemimpin awal Kristian di Lindisfarne, timur laut England sekitar tahun 687.


Buku berkenaan ditemui semula di Gereja Durham pada 1104 apabila keranda tersebut terpaksa dipindahkan ekoran serangan bangsa Viking.


Buku yang dipinjamkan kepada perpustakaan itu sejak tahun 1979, dijual oleh sebuah persatuan Kristian untuk mengumpul dana bagi tujuan pendidikan dan pemuliharaan gereja.-SUMBER
Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Lelaki Wajib Tahu 4 Tahap Mati Pucuk
    15.03.2012 - 0 Comments
    SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat…
  • GEMPAR !! Saiful Apek positif dadah
    15.02.2012 - 0 Comments
    SAIFUL Apek berjalan keluar selepas kesnya ditangguhkan pada 27 Mac depan oleh Mahkamah Majistret,…
  • WOW !! Siapa Sangka Rekaan Beg Alas Kaki Berharga RM835
    13.11.2016 - 0 Comments
    JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila peraga koleksi…
  • Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni
    12.12.2015 - 0 Comments
    DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang…
  • Batman Di Tangkap !!
    05.12.2013 - 0 Comments
    SINGAPURA - Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah…