AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran ~ Bila Han Bercerita

Saturday, 15 November 2014

AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran

AirAsia Sedia Turunkan Tambang Untuk Rangsang Pasaran


Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia bersedia untuk menurunkan harga tambangnya bagi merangsang pasaran dan meningkatkan jumlah penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sekiranya harga bahan api terus turun pada tahun depan, ia merupakan satu 'bonus besar" kepada syarikat penerbangan itu, kerana ia akan mengurangkan kos.

"Namun begitu, harga minyak berubah dengan cepat sekali, kita lihat sahaja apa yang akan berlaku. Niatnya, kami mahu mengurangkan harga tambang dan merangsang pasaran.

"Jika harga bahan api terus jatuh, kami juga mahu menghapuskan surcaj bahan api bagi membolehkan lebih ramai orang menaiki penerbangan.

"AirAsia sedang dalam usaha mengurangkan kos dan tambang untuk membolehkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan penerbangan," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru AirAsia di sini, Jumaat.

Pembinaan bangunan korporat baharu syarikat penerbangan itu, RedQ akan bermula pada bulan depan dan dijangka siap pada Jun 2016.

Bangunan enam tingkat berharga RM140 juta itu akan mempunyai keluasan kasar lantai 613,383 kaki persegi dan mampu menampung seramai 2,000 kakitangan.

Ia juga mengandungi pejabat korporat dan bahagian operasi AirAsia dan AirAsia, yang sekarang ini beroperasi secara berasingan antara Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan di sebuah pejabat sementara di gateway

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Awas menghisap rokok sebaik berbuka mengundang maut!
    27.07.2012 - 0 Comments
    Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam…
  • GEMPAR !! PM Terima Pingat Anugerah Imam Khalifah Agong Gayong.(SILAT GAYONG)
    25.02.2012 - 0 Comments
    GURUN, 25 Feb. -  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima anugerah Imam…
  • Gadis Selamba Berenang Dengan Buaya
    29.04.2017 - 0 Comments
    CUBA - Seorang jurugambar hidupan liar merakamkan aksi luar biasa apabila membawa anak perempuannya…
  • Keburukan Guna Laptop Tanpa Bateri
    01.08.2012 - 1 Comments
    Pendapat mengenai penggunakan laptop sambil mengecas bateri membuatkan jangka hayat bateri menjadi…
  • Hobi Simpan Koleksi Video Lucah Bawa Padah
    12.07.2012 - 0 Comments
    KUALA TERENGGANU : Hobi bawa padah, itulah yang boleh digambarkan kepada seorang pemandu lori yang…