PELIK !! Kentut Lembu Kini Dijual Di Dalam Tin ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 9 November 2014

PELIK !! Kentut Lembu Kini Dijual Di Dalam Tin

Kentut Lembu Kini Dijual Di Dalam Tin


Bila dah lama berhijrah ke bandar pasti kita akan merindui suasana kampung halaman.

Sebuah syarikat di Jerman mendapat idea untuk menjual kentut lembu di dalam tin.

Udara yang disedut dari kayu yang sudah tua dan longgokan jerami yang penuh dengan ‘gas’ yang dikeluarkan oleh hasil ternakan lembu diisi ke dalam tin.

Pengurus dari projek ‘Countryside air to go’ berkata pelanggan utama mereka adalah dikalangan mereka yang telah berhijrah ke kota dan rindukan suasana desa tempat tinggal mereka.

Kos bagi satu tin ini berharga £5 (lebih RM20) dan boleh ditempah di laman web www.stallduft.de.

Kentut Lembu Kini Dijual Di Dalam Tin

Dengan tagline iklan ‘Hanya letakkan hidung pada tin ini akan mengembalikan aroma tulen desa anda’, kini kentut lembu diminati ramai.

Pereka Daniela Dorrer, yang berasal dari desa Adlkofen di Bavaria, Jerman berkata kami berharap kepada mereka yang telah meninggalkan desa merasa gembira dan ingat kepada kampung halaman mereka.

“Kami merancang untuk bau lain seperti kuda, jerami, babi dan baja.

“Tetapi kebanyakan orang merindukan bau lembu, ia bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana kebanyakkan bau berasal dari lembu,” katanya.

Menurut pakar, kentut dan sendawa lembu boleh menyebabkan masalah pemanasan global. Seekor lembu sahaja boleh mengeluarkan gas metana berbahaya dalam sehari cukup untuk mengisi botol berisipadu 400 liter dan ia sangat tidak baik untuk persekitaran.

Mungkin mereka fikir dengan menyedut kentut lembu ini ianya boleh membantu menyelesaikan pemanasan global.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Tips : Tanda-tanda Seseorang Yang memiliki Saka
    25.01.2013 - 0 Comments
    Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan…
  • Serius !! Nasi Ayam RM2, sirap 50 sen jadi tarikan di gerai makan ni
    12.12.2015 - 0 Comments
    DENGAN hanya berbekalkan dua 'magis' iaitu harga murah dan sajian yang enak sebuah gerai makan yang…
  • Inilah Tangga Paling Curam Di Dunia
    02.04.2013 - 0 Comments
    Pada tahun 1829, Saint Helena Railway Company telah membina sebuah laluan untuk kereta kabel di Saint…
  • GILA : Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 62 Kali
    04.11.2014 - 0 Comments
    Kaherah: Seorang lelaki, Abu Shadeed, berkata, dia kahwin kali pertama ketika berusia 16 tahun dan…
  • Petua Menghilangkan Kesan Karat Air Dalam Cerek Dengan Mudah & Cepat
    07.04.2017 - 0 Comments
    Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek…