Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian ~ Bila Han Bercerita

Sunday, 23 November 2014

Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian

Gadis Thailand ini enggan jadi 
anak angkat Kim Kardashian


LOS ANGELES 20 Nov. – Seorang gadis yang menetap di sebuah penempatan miskin di Thailand, membuat keputusan yang mengejutkan apabila menolak pelawaan bintang realiti televi­syen, Kim Kardashian untuk menjadi anak ang­­katnya.

Mail Online me­laporkan, gadis ber­kenaan, Laddawan Tong-Keaw atau le­bih dikenali sebagai Pink berkata, dia gembira apabila mende­ngar hasrat Kardashian itu, namun lebih ber­minat untuk belajar di negara asalnya dan membantu penduduk miskin di wilayah Phang Nga.

“Saya berasa sa­ngat gementar apabila mengetahui Kardashian mahu menjadikan saya sebahagian daripada kehidupannya. Saya sa­ngat gembira dan perkara ini akan me­ngubah kehidupan saya. “Semua orang mahukan kehidupan yang baik, begitu juga saya. Saya melihat perkara ini (menjadi anak angkat) tidak baik untuk saya kerana saya terpaksa meninggalkan banyak perkara di sini dan saya belum bersedia untuk berubah,” jelas Pink yang menyifatkan Kardashian sebagai wanita yang budiman.

Hasrat mengambil anak angkat itu dinyatakan oleh ibu seorang anak tersebut selepas dia bersama krew penerbitan Keeping Up with The Kardashians mengadakan lawatan ke rumah perlindungan kanak-kanak miskin di wilayah Phang Nga April lalu.

Kardashian berkata, dia tidak mempunyai sebarang maksud tersirat ketika menyatakan hasrat untuk menjadikan Pink sebagai anak angkat kerana apa yang dilakukan adalah untuk mengubah kehidupan gadis berusia 13 tahun itu.

“Saya tidak boleh melupakan dia. Saya ada memberitahu suami saya tentang Pink yang begitu comel dan baik. Saya sangat berminat untuk menjadikan dia sebagai anak angkat,” ujarnya.

sumber


Share:

Related Posts:

0 comments:

Post a Comment

loading...

Spectacular Promotions

Blog Archive

Artikel Random

  • Banduan Tersangkut Semasa Melarikan Diri Kerana Terlalu Gemuk
    28.12.2012 - 1 Comments
    Tiga orang banduan di Brazil telah membuat satu lubang di dinding lokap mereka dan cuba untuk melarikan…
  • KESILAPAN AKHBAR METRO TAIP ANGIN KENCANG JADI KENCING
    07.03.2012 - 0 Comments
    Sudah menjadi lumrah apabila kesilapan sering berlaku dalam artikel akhbar Metro ni. Terbaru, kesilapan taip…
  • Wanita Saman Starbucks RM19.5 Juta Kerana Dalam Cawan Banyak Ais
    02.05.2016 - 0 Comments
    CHICAGO: Seorang wanita menjadi tumpuan di Amerika Syarikat (AS) kerana memfailkan saman berjumlah AS$5…
  • (Video) Rakaman banduan berjaya lolos dari penjara menerusi lubang makanan
    22.06.2016 - 0 Comments
    MOSCOW 21 Jun – Seorang banduan menggunakan kelicikannya memecah masuk rumah apabila meloloskan diri…
  • COOL !! ANDY LAU BAKAL JADI RAKYAT MALAYSIA
    19.03.2012 - 0 Comments
    Malaysia Sedia Terima Andy Lau Jika Mohon Status PR PETALING JAYA: Kehadiran penyanyi terkenal dan juga…